CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1268|Reply: 0

Kemboja buka sempadan untuk pelancong asing

[Copy link]
Post time 16-11-2021 09:25 AM | Show all posts |Read mode

FOTO fail pada 31 Oktober menunjukkan pelancong asing di pulau Koh Rong. FOTO AFP



Phnom Penh: Kemboja mengumumkan pelancong asing yang diberi vaksin lengkap boleh melawat negara itu tanpa kuarantin bermula semalam (Isnin) sekali gus memberikan rangsangan kepada industri pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.

Sekatan perjalanan sebelum ini menjejaskan industri pelancongan yang sedang berkembang pesat di Kemboja.

AFP melaporkan, hasil industri itu menjunam kepada AS$1 bilion (kira-kira RM4.16 bilion) tahun lepas, daripada hampir AS$5 bilion (kira-kira RM20.8 bilion) pada 2019 dengan kehadiran 6.6 juta pelawat.

Perdana Menteri Hun Sen membuat pengumuman mengejutkan pada Ahad bahawa semua pelancong luar dan ahli perniagaan yang diberi vaksin sepenuhnya boleh melawat ke seluruh negara itu dengan bebas tanpa kuarantin mulai Isnin.

Keputusan itu berbeza dengan pelan pembukaan semula sebelum ini di mana tempat pantai popular Sihanoukville dan pulau Koh Rong, serta Dara Sakor, zon peranginan yang dibangunkan China dibuka untuk pengunjung mulai 30 November ini.



Pembukaan semula Siem Reap, pintu masuk ke kompleks Angkor Wat yang disenaraikan sebagai warisan dunia sebelum ini ditetapkan pada Januari tahun depan.

Hun Sen berkata, pengembara perlu menunjukkan dua ujian negatif Covid-19, salah satunya diambil tidak kurang daripada 72 jam sebelum perjalanan dan satu lagi semasa tiba di Kemboja.

"Apabila mereka tiba dengan menunjukkan mereka sudah menerima dua dos vaksin, kami akan melakukan ujian pantas. Selepas keputusan menunjukkan mereka bebas daripada Covid-19, mereka dibenarkan mengembara ke seluruh Kemboja," katanya.


Disiarkan pada: November 16, 2021 @ 9:14am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

10-5-2024 03:43 PM GMT+8 , Processed in 0.055020 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list