View: 2869|Reply: 13
|
"Tak Tidur Malam, Muka Bengkak, Ini Bukan Lakonan" - Dira
[Copy link]
|
|
Bergelar orang seni mahu pun anak seorang pemimpin politik bukan satu kelebihan, jauh sekali satu keistimewaan kepada Datuk Khaidhirah Abu Zahar untuk memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira sebaliknya tidak pernah leka dan terlalu selesa dengan kelebihan itu meskipun Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim merupakan kubu kuat UMNO.
Kredit foto: IG Dira
“Ia, ia merupakan satu kelebihan tetapi bukan satu keistimewaan untuk saya mengambil mudah. Sebagai orang seni dan untuk dikenali sebagai seorang pemimpin, peranan dan skopnya berbeza, berat tanggungjawab itu juga berbeza.
“Kesan yang diberi kepada masyarakat juga berbeza,” katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau mengakui menjadi seorang pemimpin wanita muda mencabar berbanding hanya bergelar sebagai seorang selebriti yang kerap dilihat di kaca televisyen.
“Paling penting reputasi yang saya nak tonjolkan atau bawa sebagai seorang pemimpin wanita muda itu menjadi cabaran buat saya.
“Semua orang kenal nama saya, dulu tengok dekat televisyen sahaja tapi sekarang tak tengok dekat televisyen lagi. Kadang-kala agak sukar tetapi, semua orang fikir apa yang saya buat ini berlakon.
Kredit foto: IG Dira
“Tak tidur malam, muka sudah bengkak dan sebagainya, ini bukan lakonan,” katanya lagi.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
Belum menang memang laaaa...sanggup apa saja.dulu ada menteri sanggup isap rokok daun masa kempen kat kg. |
|
|
|
|
|
|
|
Iya la..
Masa kempen bukan main, jgnkan x tido.. Masuk hutan pun sanggup kan, lepas selesai.. Jgn kan muka,kentut pun susah nak lalu..
|
|
|
|
|
|
|
|
Means kalau menang nanti, pastu org tak leh kacau ke all the time? Kihkih
|
|
|
|
|
|
|
|
standard laa waktu nk pilihanraya, confirm penat.
pas dah menang, baru la...... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah menang kalu tidooooooooo sampai next pru.. Same old same old |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya dia mng nnti... |
|
|
|
|
|
|
|
camne ek sheol bleh dpt pangkat dato? lpas quit jd artis sheol trus berpolitik kan. tapi apa jasa sheol pd rakyat jelata? curious plak iols. tau laa arwah ayah sheol bekas munteri besau melakau.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka kali ni calon byk yg muda. X yah lah amik lg 50s and above sgt. Kalo menang pun dorang x larat pusing kawasan puas2. Hantar pembantu je. |
|
|
|
|
|
|
|
poyo la anak zahar ni...semoga ko kalah...melaka bukan family ko yg punya...[em:3:] |
|
|
|
|
|
|
|
Politik dah ada dlm jiwa dia. Membesar dgn bapak ke hulu ke hilir main politik. Asalkan buat elok elok laaa |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Dira. Menang DUN RIM. Majoriti agak selesa. |
|
|
|
|
|
|
| |
|