CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1347|Reply: 0

Polis Uganda bunuh 5 penyokong Daesh

[Copy link]
Post time 19-11-2021 02:39 PM | Show all posts |Read mode
Edited by kerisnaga at 19-11-2021 02:40 PM

Polis Uganda bunuh 5 penyokong Daesh

November 19, 2021 @ 1:38pm



Gambar fail menunjukkan orang ramai cuba memadamkan kenderaan yang terbakar selepas serangan bom berhampiran bangunan Parlimen di Kampala, Uganda. - Foto AFP



KAMPALA: Polis Uganda menembak mati lima suspek dan menahan 21 orang susulan siasatan kes pengeboman berani mati berkembar yang didakwa dilakukan Daesh.



Jurucakap polis, Fred Enanga, berkata pegawai anti keganasan di barat negara itu membunuh empat pengganas yang disyaki dan individu kelima terbunuh berhampiran ibu negara ketika cuba melarikan diri.



Katanya, seorang ulama, Sheikh Abas Muhamed Kirevu, yang turut dibunuh dalam operasi itu, adalah individu bertanggungjawab membangkitkan semula keganasan di Kampala.



Difahamkan, Kirevu merekrut anggota untuk menyertai kumpulan serpihan di bawah Pasukan Demokratik Bersekutu ADF, yang menyokong militan Daesh.



"Polis menahan 21 suspek sebagai sebahagian daripada tindakan keras dan mereka adalah penyokong, penyelaras dan pembiaya aktiviti keganasan," katanya.



Letupan pada Selasa lalu di ibu negara Kampala yang mengorbankan empat nyawa adalah yang terbaru dalam rentetan serangan di negara Afrika Timur itu.



Tragedi berlaku selang beberapa minit antara satu sama lain dengan dua pengebom berani mati menaiki motosikal menyamar sebagai pemandu teksi motosikal meletupkan peranti berhampiran Parlimen.



Sementara itu, penyerang ketiga menyasarkan pusat pemeriksaan berhampiran balai polis pusat.



Presiden Uganda, Yoweri Museveni, turut berikrar untuk menumpaskan pengganas dan memperketatkan langkah keselamatan di negara itu.



Polis Uganda berkata serangan itu didalangi pengganas domestik menyokong ADF, kumpulan bersenjata aktif di timur Republik Demokratik Congo, yang dikaitkan Amerika Syarikat (AS) dengan Daesh.



Polis bulan lalu menahan beberapa orang yang dikatakan bersekongkol dengan ADF dan memberi amaran bahawa pelampau dipercayai merancang serangan baru ke atas 'lokasi utama'.



Pakar menganggap ADF sebagai kumpulan paling berbahaya daripada lebih 120 kumpulan bersenjata berkeliaran di timur DRC, kebanyakannya diwarisi daripada dua perang serantau sejak suku abad lalu. - AFP







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 09:22 PM GMT+8 , Processed in 0.300049 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list