CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2921|Reply: 0

Kain buruk perumah bakteria

[Copy link]
Post time 20-11-2021 08:35 AM | Show all posts |Read mode

KAIN buruk tidak boleh diguna untuk pelbagai kegunaan. - FOTO Google



BUKAN satu berita baik bagi suri rumah apabila penggunaan kain buruk pada umumnya bertujuan mengelap kotoran di dapur boleh menyebabkan risiko pencemaran kepada makanan atau masalah penyakit bawaan makanan.

Keadaan ini merujuk kepada satu penemuan oleh kumpulan pengkaji Jabatan Sains Kesihatan University of Mauritius yang diketuai pensyarah kanan fakulti itu, Susheela D Biranjia Hurdoyal.

Menurut Susheela, dalam kajian itu, kumpulannya menemui kemungkinan kain buruk berpotensi penyebab kepada pelbagai jenis penyebaran bakteria berdasarkan kepada profil mikrobio yang ada selain kekerapa penggunaan kain terbabit.

"Selain mengkaji kewujudan bakteria yang terdapat dalam 100 sampel kain buruk tidak dibasuh selama sebulan dengan penggunaan berterusan, kami juga mendapati jenis bakteria berbeza mengikut latar belakang pengguna.


"Dalam kajian ini 49 sampel adalah positif dengan tiga bakteria ditemui jenis bakteria koliform iaitu merujuk kepada bakteria yang biasa ditemui dalam sistem pencernaan seperti E.coli yang kerap ditemui dalam najis manusia.


"Dua lagi adalah jenis enterokokus dan Staphylococcus aureus (S aureus) iaitu merujuk kehadiran bakteria kerap ditemui pada kulit, hidung dan tekak. Ia biasanya ditemui dalam keluarga yang memiliki anak dan mempunyai status sosioekonomi yang rendah," katanya.

Bagaimana keadaan itu membawa kepada keracunan makanan? Ia berpunca apabila pengendali di dapur biasanya suri rumah atau ibu mengelap peralatan di dapur seperti sudu, garfu, sudip dan senduk menggunakan kain sama. Kebiasaannya kain buruk sama digunakan untuk mengelap tangan digunakan pula untuk perkara lain.

Perkara memburukkan lagi keadaan ialah apabila kain yang mengandungi bakteria itu digunakan mengelap tangan atau anggota badan lain ketika dalam penyediaan makanan.

Tangan itu tadi kemudian menyentuh makanan dan berlaku perpindahan bakteria daripada kain buruk kepada tangan dan kemudian makanan apabila disentuh.

  

Dalam kajian sama turut ditemui keadaan yang mana keadaan kain buruk lembap dan berada dalam suhu panas menjadi tempat paling sesuai sebagai perumah bakteria.

"Kesimpulan dalam kajian penggunaan kain buruk yang lembap bagi pelbagai kegunaan hanya meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit bawaan makanan.

"Sebaiknya elak mengelap pelbagai barangan dapur menggunakan kain buruk sama dan pastikan ia dalam keadaan kering. Namun, berbeza bagi kebanyakan orang yang gemar menggunakan kain yang dibilas bagi mengelap meja dan ruang dapur," katanya.

Sementara itu, Pakar Penyakit Jangkitan Bakteria, Dr Bruce Ruben berkata, biasanya penyakit keracunan makanan atau bawaan makanan adalah dari patogen E. coli dan S aureus yang ditemui dalam makanan tercemar.

Sebagai contoh S aureus adalah bakteria ditemui membabitkan sumber protein atau daging tercemar. Ia boleh ditemui keracunan makanan berpunca daripada sumber makanan seperti salad dan telur.

"Apabila individu menikmati makanan dijangkiti bakteria merbahaya seperti E. coli dan S aureus, mereka akan mengalami gejala seperti muntah, cirit-birit, kesakitan pada bahagian perut dan demam.

"Bagi gejala ringan mungkin boleh berlaku dalam tempoh beberapa jam, namun boleh berlanjutan beberapa hari," katanya.

Gejala itu boleh menjadi lebih serius dan boleh mengancam nyawa apabila pengambilan makanan tercemar dalam jumlah banyak serta mereka yang sensitif.

Mengenai amalan baik dalam penggunaan kain buruk di dapur berikut beberapa tip disarankan pakar:

1. Kerap cuci dan bersihkan kain buruk. Sebaiknya tukar dua hingga tiga kali seminggu bagi penggunaan ringan.

2. Tukar dan buang apabila penggunaan terlalu kerap. Ada pendapat menyarankan tidak menggunakan kain buruk dalam tempoh setahun.

3. Gunakan tuala atau kain buruk bagi tujuan berlainan. Tidak dikongsi untuk lap 'utensil' seperti sudu, garfu dan senduk dengan tuala digunakan untuk lap tangan.

4. Basuh tangan dan hanya menggunakan tuala kering untuk membilas.

5. Digalakkan penggunaan kain pakai buang atau tisu dapur bagi tingkatkan amalan kebersihan di dapur.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:40 AM GMT+8 , Processed in 0.284580 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list