CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2018|Reply: 3

[MITOS] Rupanya Ada Kisah Seram Hantui Vila Terbiar Ini

[Copy link]
Post time 29-11-2021 11:14 AM | Show all posts |Read mode
Muncul Secara Misteri, Rupanya Ada Kisah Seram Hantui Vila Terbiar Ini


Sebuah vila terbiar yang muncul secara misteri di La Puntilla, Costa del Sol, El Salvador membuatkan para pengunjung bingung bagaimana bangunan berkenaan boleh berada di sana.

Memetik laporan Oddity Central, punca sebenar bagaimana vila itu boleh terdampar di pantai berkenaan masih tidak diketahui sehingga ke hari ini.

Vila berkenaan dilaporkan berjaya mencuri perhatian ramai selepas seorang pengguna TikTok merakam dirinya menjelajah ke dalam bangunan terbiar itu membuatkan orang ramai tertarik dengan lokasi berkenaan.

Berdasarkan laporan La Prensa Grafica yang dipetik semula oleh Oddity Central, penduduk tempatan percaya bangunan terbiar itu sebenarnya merupakan sebuah hotel dan bukannya vila.


Sumber: Facebook El Mizateco

Kira-kira 28 tahun lalu, pemilik bangunan tersebut dipercayai telah membina hotel berkenaan supaya ia lebih hampir dengan pantai berpasir itu bagi menarik perhatian lagi ramai orang untuk mengunjungi hotel berkenaan tetapi usahanya sia-sia sahaja.

Walaupun begitu, ia tidak dapat dipastikan sama ada taufan Mitch yang meragut lebih 9,000 nyawa di El Salvador pada 1998 ataupun hakisan pantai yang menyebabkan hotel itu akhirnya terbengkalai.

Ia kemudiannya dijadikan ibu pejabat gereja tetapi bangunan itu kembali menjadi terbiar kerana keadaannya yang semakin uzur.

“Mereka bina terlalu hampir dengan pantai. Itu apa yang berlaku. Sebelum ini, anda tak perlu memohon kebenaran rasmi untuk membina dan sebab itulah mereka pergi terlampau jauh,” kata salah seorang nelayan tempatan apabila berbicara tentang hotel itu.


Sumber: Facebook Alejandro A. Borja

Dalam pada itu, salah seorang penduduk tempatan mendakwa dia tidak berani mendekati hotel tersebut kerana kisah seram yang menghantui bangunan berkenaan.

Coralia Sotelo berkata dia tidak berani mengunjungi hotel tersebut selepas beberapa individu yang pernah ke pantai itu pada waktu malam mendakwa pernah melihat sosok hitam seorang lelaki yang tinggi di bangunan uzur berkenaan.

“Saya takut nak pergi sana. Tak pernah pergi atau dekati bangunan tersebut. Budak-budak lelaki yang pergi pada waktu malam untuk tangkap penyu beritahu saya mereka ternampak seorang lelaki tinggi berwarna hitam di bangunan itu,” ujarnya.



Sumber:https://iamlejen.com/muncul-seca ... r-ini/#.YaQ3jypBxhG

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2021 12:00 PM | Show all posts
interesting...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2021 04:06 PM | Show all posts
apoooo dokek bona dgn pantai....osahhh
Reply

Use magic Report

Post time 24-12-2021 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Too close ngan pantai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:10 PM GMT+8 , Processed in 0.092759 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list