View: 665|Reply: 0
|
Sukar Bernafas, Rupanya Gigi Tumbuh Di Rongga Hidung
[Copy link]
|
|
Kepakaran doktor berusia 38 tahun di Amerika Syarikat (AS) membantu menyelesaikan masalah pernafasan seorang pesakit lelaki.
Ia selepas doktor itu mendapati masalah berpunca daripada gigi yang tumbuh di rongga hidung pesakit hingga menghalang pengaliran oksigen.
Independent UK melaporkan, doktor lelaki itu melaporkan penemuan yang jarang berlaku itu dalam kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine, pada Khamis.
Kredit foto: independent
Lelaki itu datang ke klinik telinga, hidung dan tekak di hospital Mount Sinai di New York sebelum memberitahu dia menghadapi kesukaran bernafas melalui lubang hidung kanannya.
Dia mendakwa menghadapi masalah itu sejak beberapa tahun lalu.
Menurut kajian doktor berkenaan, pemeriksaan fizikal mendapati berlaku gangguan dalam septumnya, rawan yang memisahkan dua lubang hidung.
Pemeriksaan lanjut juga menemukan lubang sepanjang dua sentimeter (sm) di bahagian belakang septum.
Rhinoskopi - prosedur untuk memeriksa hidung - kemudian mengesan jisim putih yang keras, tidak lembut di lubang hidung sebelah kanan.
Ujian imbasan CT mendapati jisim putih itu konsisten dengan gigi ektopik terbalik di dalam rongga hidung kanan.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
| |
|