View: 867|Reply: 4
|
Pengarah Hospital Dipenjara Kerana Pesakit Covid-19 Meninggal Kehabisan Oksigen
[Copy link]
|
|
Mahkamah Jordan hari ini menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada pengarah sebuah hospital negeri atas kematian 10 pesakit di kemudahan yang merawat pesakit COVID-19.
Gambar hiasan
Abdel Razak al-Khashman dan empat pembantunya disabitkan bersalah 'menyebabkan kematian' di hospital negeri Salt di mana pesakit meninggal dunia selepas ia kehabisan oksigen.
Keputusan itu boleh dirayu dalam tempoh 10 hari, kata seorang wartawan AFP di mahkamah.
Kematian pada bulan Mac mencetuskan kemarahan orang ramai di Jordan dan membawa kepada peletakan jawatan menteri kesihatan Nazir Obeidat.
Selepas tragedi itu, Raja Abdullah II melawat hospital negeri di mana ratusan orang berkumpul di luar untuk melepaskan kemarahan mereka.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
Wah.
Boleh tahan Jordan ya. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan di Malaysia tentunya.... |
|
|
|
|
|
|
|
Adoi..igt kat mesia
Iols dah berdebor2 je..
Pengarah.hospital mana.la.tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
Dah agak mesti bukan kat Malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|