CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3339|Reply: 0

Penternakan tilapia air payau diperluaskan

  [Copy link]
Post time 15-12-2021 11:29 AM | Show all posts |Read mode
Penternakan tilapia air payau diperluaskan


AHMAD Tarmidzi (dua kiri) meninjau projek penternakan ikan tilapia air payau. FOTO Hassan Omar

Masjid Tanah: Projek penternakan ikan tilapia air payau akan diperluas ke kawasan lain di Melaka bagi meningkatkan sosio ekonomi nelayan sungai dan pinggir pantai.

Ketua Pengarah Jabatan Perikanan, Ahmad Tarmidzi Ramli berkata, sebagai permulaan, projek penternakan ikan itu sudah dimulakan di Kuala Linggi, dekat sini, tiga bulan lalu dan ikan dilepaskan ke dalam sangkar, semalam.

Jabatan berkenaan memperuntukkan lebih RM400,000 bagi membina 64 sangkar ikan di perairan Kuala Linggi, iaitu lokasi pertembungan antara air masin laut dengan air tawar Sungai Rembau, dan memilih 16 nelayan untuk menjadi peserta projek berkenaan.

"Kami memilih nelayan sungai di Pangkalan Paya Lebar, Telok Berembang, Ramuan Cina, Linggi dan Tebing Urut serta nelayan pinggir laut di Kuala Linggi untuk memastikan projek ini berjaya.

"Setiap peserta mempunyai tugas masing-masing memelihara ikan tilapia air payau antara tiga hingga empat bulan sebelum mencapai saiz paling sesuai untuk dipasarkan," katanya ketika meninjau projek berkenaan, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Perikanan Melaka, Mohd Fauzi Salehon dan Timbalannya, Nawar Abdul Karim serta nelayan yang terbabit dalam projek berkenaan.

Sebanyak 70,000 anak ikan tilapia dilepaskan ke dalam 64 sangkar.

"Projek seumpama ini sudah dilaksanakan di beberapa negeri lain seperti Kelantan dan Perak dan di Kuala Linggi adalah yang pertama seumpamanya di Melaka.

"Jika nelayan di sini mampu membuktikan kejayaan memelihara dan memasarkan ikan itu dengan baik, insya-Allah kami akan mencari perairan di kawasan lain yang sesuai untuk projek ini bagi membantu memajukan nelayan," katanya.

Beliau berkata, projek berkenaan sudah dirancang beberapa tahun lalu tetapi tidak mampu dilaksanakan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -payau-diperluaskan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.060330 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list