![](https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2021/12/hujan.jpeg)
KUCHING: Beberapa tempat di Sarawak akan dilanda ribut petir pada hari pengundian, PRN-12 Sarawak pada Sabtu ini.
Terdapat lebih daripada 1.25 juta pengundi berdaftar dan SPR menetapkan 70 pertus pengundian.
Demikian ramalan Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia).
Meskipun dijangka tidak berlaku hujan di mana-mana kawasan pada sebelah pagi, namun ribut petir dijangka berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman pada petang.
Selain itu, hujan diramalkan berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman di sebelah malam.
SPR memaklumkan pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR semak atau di portal semakan daftar pemilih SPR.
SPR sebelum ini mencadangkan masa bagi setiap pengundi untuk keluar mengundi bagi mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa.
Peringkat waktu yang digalakkan adalah 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang dan 3.30 petang hingga 5 petang.
sarawakvoice.com/2021/12/15
|