CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1337|Reply: 0

Pakai Purdah Tapi Lukis Kening?

[Copy link]
Post time 15-12-2021 09:05 PM | Show all posts |Read mode
Pakai Purdah Tapi Lukis Kening? Penjelasan Ustazah Asma Harun Buat Kaum Hawa Sedar
Pendakwah beri penjelasan tentang hukum melukis kening dan tujuan sebenar memakai niqab


Pendakwah terkenal Ustazah Asma Harun baru-baru ini bangkitkan isu yang sering dipandang remeh oleh kaum hawa, iaitu mengenai pemakaian purdah atau niqab sambil melukis kening di Instagram.

Jelaskan Tujuan Memakai Purdah

Menerusi perkongsian Ustazah Asma Harun di media sosialnya, pendakwah ini menjelaskan bahawa tujuan memakai niqab yang sebenarnya adalah untuk tidak menarik perhatian manusia.

“Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian, tetapi lagi menarik perhatian kerana mata tu adalah tarikan..

Mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah, lelaki ataupun perempuan.” Ujarnya

  


Haram Melukis Kening
Ustazah Asma juga menjelaskan hukum melukis kening bagi wanita tidak kiralah berpurdah atau tidak, hukumnya adalah haram. Pendakwah ini berkongsi kisah ketika di Mekah, di mana terdapat jemaah wanita ditegur oleh petugas Masjidil Haram kerana memakai celak.

“Kamu tahu tak hukum kamu pakai celak? Its haram, I’m sorry ukhti. Its haram. Kamu boleh pakai depan suami di rumah.” Kongsinya

Dalam perkongsian pendakwah tersebut menjelaskan, wanita yang ingin memakai celak dan melukis kening boleh dipakai hanya untuk suami di rumah.

Selain itu, ustazah Asma juga menerangkan wanita yang melukis kening kerana mempunyai masalah kesihatan ianya dibolehkan kerana bukan bertujuan untuk kecantikan tetapi kerana sakit.

Kaum Hawa Terima Teguran
Perkongsian dari pendakwah terkenal ini membuatkan kaum wanita terkedu dan sedar dengan khilaf yang dilakukan. Rata-rata ramai menerima teguran dan ilmu yang disampaikan dengan hati terbuka dan berkongsi komen di ruangan komen posting Instagram tersebut.


“Masyaallah terima kasih ustazah atas teguran.”

“Allahuakbar…. Subhanallah.. Terima kasih ustazah atas perkongsian ilmu ini.”

“Betul dan setuju sangat ustazah.. Alhamdulillah, semoga Allah pelihara kita dari bertabaruj.”

“Saya ingat cukur sahaja yang haram.. Saya tak tahu lukis kening tu juga haram jahil nya saya.. Mulai harini saya tak akan lukis kening lagi. Moga kita semua dirahmatiNya.”

“Terima kasih ustazah.”

“Mashaalah cantik peringatan untuk kita semua. Semoga kita semua menjadi muslimah yang solehah yang sentiasa dalam rahmat Allah yang mewarisi syurga firdausi. Amiin YRA.” Komen mereka

Semoga perkongsian dari Ustazah Asma Harun ini menjadi peringatan buat semua kaum hawa.


SumbeR:https://murai.my/2021/134200/pak ... at-kaum-hawa-sedar/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:46 AM GMT+8 , Processed in 0.363248 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list