View: 1758|Reply: 0
|
Benelli TRK 800 diperkenal
[Copy link]
|
|
Barisan motosikal adventure/touring Benelli yang sebelum ini popular dengan TRK 502 dikembangkan lagi dengan pengenalan model baru TRK 800. Ia menggunakan konsep rekaan yang sama, tetapi kelengkapan lebih moden serta enjin berkapasiti lebih tinggi.
Memacu model ini adalah unit enjin dua silinder selari penyejukan cecair, DOHC, 754 cc yang digabungkan bersama transmisi enam kelajuan dengan klac assist & slipper untuk menghasilkan kuasa sehingga 76.2 hp pada 8,500 rpm dan 67 Nm tork pada 6,500 rpm. Enjin ini juga akan digunakan pada Leoncino 800 dan Leoncino Trail 800.
Bagi memastikan motosikal ini dapat meredah keadaan jalan yang lasak, ia dilengkapi dengan suspensi yang mempunyai jarak gerak 170 mm di hadapan dan 171 mm di belakang, dilaksanakan oleh unit fork USD 50 mm Marzocchi dengan pelarasan lantunan, mampatan dan pra beban, serta monoshock dengan pelarasan pra beban dan lantunan.
Melengkapkan ciri lasaknya adalah penghadang tangan, penghadang bawah enjin serta rim aloi spoked bersaiz 19 inci di hadapan dan 17 inci di belakang, dibalut dengan tayar tanpa tiub masing-masing bersaiz 110/80 dan 150/70. Penghadang angin hadapan pula boleh dilaras secara manual.
Kelengkapan lain yang terdapat pada motosikal ini adalah lampu LED, brek Brembo yang terdiri daripada cakera berkembar 320 mm dengan angkup empat piston di hadapan dan cakera 260 mm dengan angkup satu piston di belakang, tangki bahan api 21 liter serta panel instrumen TFT tujuh inci. Berat keseluruhan TRK 800 tanpa aksesori adalah 214 kg. |
|
|
|
|
|
|
| |
|