CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 479|Reply: 0

[Sarawak] Hasrat Miri maju seperti Kuching masih jauh

[Copy link]
Post time 17-12-2021 02:22 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Meskipun Piasau diwakili oleh wakil rakyat kaum Cina selama ini dan disokong oleh pengundi Melayu dan bumiputera yang lain, namun hasrat untuk melihat Miri maju seperti Kuching masih jauh ketinggalan.

Satu-satunya calon wanita Melayu di Miri yang didominasikan pengundi kaum Cina, Hanim Jaraee (gambar) yakin bahawa perubahan melalui petisyen menggubal Ordinan Referendum boleh diketengahkan oleh wakil yang memperjuangkannya dari awal dan Miri tiada pilihan lain.

Semasa berkempen di kalangan masyarakat Cina yang mendominasi undi N.73 Piasau, beliau mengakui, lebih dikenali sebagai orang yang yang memperjuangkan Ordinan Referendum bersama pergerakan S4S, sekaligus memberikannya harapan baru.

"Banyak juga yang berpendapat bahawa masalah pembangunan di Miri  perlahan dan ada juga yang tidak dihiraukan disebabkan oleh sikap wakil rakyat yang sambil lewa. Kebanyakan aduan rakyat dikumpul dari tahun pertama menjadi wakil rakyat tetapi hanya diambil tindakan masa pilihan raya, menyebabkan rakyat merasakan tertipu," katanya.

Hanim mendakwa rakyat juga telah sedar bahawa duit Sarawak hasil dari minyak dan gas telah lama 'diberi' kepada Kerajaan Pusat, yang akhirnya Sarawak jatuh miskin apabila pihak persekutuan 'membuli' Sarawak setiap tahun dengan bajet yang kecil.

Katanya, adalah menjadi harapan orang Miri untuk melihat perubahan baik dari sudut infrastruktur, bisnes dan sebagainya, yang tidak akan tercapai jika masih dipimpin oleh pemimpin yang lemah dan korup.

"Diharap pengundi memberi undi kepada calon yang akan membawa harapan mereka, memilih untuk hidup sejahtera bersama Malaysia. Undilah dengan bijak," katanya.


utusanborneo.com.my/2021/12/17
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.055194 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list