CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 984|Reply: 0

[SEJARAH] Jutawan Jepun selamat kembali ke bumi

[Copy link]
Post time 20-12-2021 04:53 PM | Show all posts |Read mode

MAEZAWA ketika berlepas ke ISS 8 Disember lalu. FOTO AFP

Moscow: Jutawan Jepun tiba di bumi selepas menghabiskan 12 hari di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada Isnin.

Yusaku Maezawa juga turut merakam video memberus gigi selain beberapa aktiviti lain sepanjang 'percutiannya' di angkasa.

Taikun fesyen itu pergi ke ISS bersama pembantunya Yozo Hirano dan dibantu angkasawan Rusia Alexander Misurkin mendarat di Kazakhstan jam 3.13 pagi waktu tempatan.

Perjalanan mereka mencipta sejarah pelancongan angkasa lepas selepas Rusia menangguhkan aktiviti itu sejak sedekad lalu.

Trio itu menghabiskan 12 hari di makmal yang sedang mengorbit dan pelancong Jepun itu akan mendokumentasikan percutian mereka setiap hari.

Rakaman video itu kemudiannya dimuat naik di Youtube Maesawa.

Lelaki berusia 46 tahun itu sempat menunjukkan pengikutnya bagaimana cara memberus gigi dan menggunakan tandas di angkasa lepas.

"Untuk membuang air kecil sangat mudah," katanya sambil menunjukkan alatan yang digunakan untuk menyedut urin.


MAEZAWA pergi bersama Hirano dan Misurkin. FOTO AFP

Dalam video lain, dia turut menunjukkan cara bagaimana untuk minum teh selain tidur dalam keadaan grafiti sifar.

Sebaik tiba di ISS pada 8 Disember lalu, mereka bertiga menyertai tujuh lagi krew yang sedang menjalani penyelidikan biologi dan fizik angkasa lepas.

Maezawa bercadang untuk membawa lapan orang lagi bersamanya pada 2023 untuk mengelilingi bulan menggunakan Elon Musk's SpaceX.

Dia dan pembantunya menjadi rakyat Jepun pertama mengikut pelancongan peribadi ke angkasa lepas.

Sebelum ini wartawan Toyohiro Akiyama pergi ke stesen Mir pada 1990.

Kepulangan mereka menjadi penanda aras terhadap program percutian angkasa lalu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:34 AM GMT+8 , Processed in 0.059682 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list