CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2815|Reply: 1

Pasangan curang boleh dikenakan tindakan saman – peguam

[Copy link]
Post time 22-12-2021 08:57 AM | Show all posts |Read mode

gambar hiasan

Pasangan curang boleh dikenakan tindakan saman – peguam

PETALING JAYA – Tindakan saman boleh dikenakan sama ada kepada suami ataupun isteri sekiranya mereka didapati curang terhadap pasangan masing-masing.

Mendedahkan perkara itu, seorang peguam, Nor Zabetha Muhammad Nor berkata, tindakan tersebut boleh diambil dengan merujuk kes kecurangan pasangan kepada Mahkamah Syariah.

Langkah pertama katanya adalah dengan membuat laporan kepada pejabat agama dengan besertakan bukti dan maklumat yang mencukupi seperti gambar, dokumen atau mesej di WhatsApp.

Tambahnya, bukti yang mencukupi membolehkan pegawai pejabat agama untuk membuka kertas siasatan.

“Kertas siasatan akan ditelitii oleh Pendakwa Syarie, sekiranya kukuh untuk dibawa ke mahkamah barulah pendakwa akan memfailkan kes jenayah syariah kepada pihak ketiga.

“Jika seorang isteri mempuyai bukti kukuh melibatkan kecurangan pasangan, seperti rakaman video, gambar atau resit hotel melibatkan perbuatan zina, isteri boleh membuat aduan terhadap kesalahan berkhalwat atau zina,”katanya di Facebook hari ini.

Kaya Nor Zabetha, perkongsian itu adalah susulan terdapat beberapa pasangan suami isteri yang dicurangi seperti kes viral beberapa hari ini.

“Setiap kali luahan mereka adalah pengkhianatan dan penipuan. Setiap kali melihat pasangan yang mencurangi mereka, walaupun cuba dipadamkan.

“Walaupun telah memaafkan tetaplah perasaan reda dan melupakan tidak akan hadir,” katanya.

Dalam pada itu, Nor Zabetha memaklumkan bekas suami juga boleh menyaman balas jika bekas isteri membuat rakaman dengan niat memalukan.-K! ONLINE.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2021/12 ... dakan-saman-peguam/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2021 12:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Ape punya advise la loyer ni Kasi..

Suruh org Saman hujung2 yang disaman juga blh menyaman..

Dh tu in the first place kenapa ko suruh dua2 pihak Saman menyaman?baik ko suruh depa duduk berbincang n berdiskusi utk settlekan masalah pffttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.073631 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list