CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4949|Reply: 17

[MITOS] Legenda Ikan Patin dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya

  [Copy link]
Post time 26-12-2021 06:14 AM | Show all posts |Read mode
Ikan patin adalah salah satu jenis ikan sungai atau ikan air tawar. Ikan jenis ini memiliki bentuk yang unik. Badannya panjang sedikit memipih, berwana putih perak dengan punggung berwarna kebiru-biruan, tidak bersisik, mulutnya kecil, memiliki sesungut berjumlah 2-4 pasang yang berfungsi sebagai alat peraba. Ikan patin termasuk ikan yang hidup di dasar sungai dan lebih banyak mencari makan pada waktu malam.


Diceritakan keenakan memakan ikan patin jika kena dengan menu masakan kelazatannya sehingga menjilat jari tetap walau seenak mana atau senikmat mana ikan patin mengapa ramai Melayu Sarawak tidak memakannya.


Sudah tentu ada cerita legenda disebalik mengapa dan kenapa masyarakat Melayu Sarawak mahupun Melayu di nusantara tidak menjadikannya hidangan pembuka selera. Inilah paparan Borneo Oracle buat kali ini iaitu Legenda Ikan Patin Dan Mengapa Ramai Masyarakat Melayu Sarawak Tidak Memakannya.

Umum mengetahui bahawa kebanyakan masyarakat Melayu Sarawak leluhurnya adalah daripada negara-negara Nusantara seperti Indonesia dan yang lebih spesifik adalah leluhur yang berasal daripada Riau, Sumatera Barat.


Sebenarnya ada sebuah cerita legenda di kalangan masyarakat Riau di Sumatera sejak beratus-ratus tahun dahulu.


Cerita legenda tersebut mengisahkan seorang nelayan yang bernama Awang Gading, yang menemukan seorang bayi perempuan di atas batu di tepi sungai saat ia pulang memancing. Konon, bayi itu adalah keturunan raja ikan di sungai tersebut.

Oleh kerana merasa kasihan dan simpati, si nelayan membawa bayi itu pulang ke rumahnya untuk dijaga dan dibesarkan seperti anak-anak yang lain. Bayi itu diberinya nama Dayang Kumunah.

Selama dalam asuhannya, si nelayan telah mengajar Dayang Kumunah dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan budi pekerti yang baik, sehingga ia pun membesar menjadi seorang gadis yang cantik, bijak dan berbudi pekerti luhur. Setiap pemuda yang melihatnya pasti akan terpikat kepadanya.

Pada suatu hari, seorang pemuda tampan dan kaya yang bernama Awang Usop telah melewati rumah orangtua Dayang Kumunah.

Pemuda itu melihatnya sedang menjemur pakaian.

Saat itu pula, Awangku Usop langsung jatuh hati kepada Dayang Kumunah dan berniat untuk menyuntingnya sebagai permaisuri hidupnya.

Beberapa hari kemudian, Awangku Usop datang ke rumah Dayang Kumunah untuk meminangnya.

Dayang Kumunah bersedia menerima pinangan Awang Usop, asalkan ia juga bersedia memenuhi syaratnya.

Syarat Dayang Kumunah yang harus dipenuhi oleh Awang Usop adalah untuk tidak meminta Dayang Kumunah ketawa walau sekalipun.

Satu syarat yang pelik bagi Awang Usop tetapi demi kecintaannya kepada Dayang Kumunah syarat yang pelik ini telah dipersetujui dengan rela hati.

Setelah kata sepakat telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak akhirnya seminggu kemudian, mereka pun telah disatukan di dalam satu pesta perkahwinan yang berlangsung dengan gilang gemilang.

Semua kaum kerabat dan tetangga kedua mempelai telah diundang bagi memeriahkan suasana perkahwinan tersebut. Para undangan turut gembira menyaksikan kedua pasangan yang bagai pinang dibelah dua sama cantik sama padan disatukan.

Dayang Kumunah gadis yang sangat cantik dan Awang Usop seorang pemuda yang sangat tampan. Mereka pun hidup berbahagia, saling mencintai dan saling menyayangi.

Namun, kebahagiaan mereka tidak berlangsung lama.

Beberapa minggu setelah mereka menikah, Awang Gading ayahanda Dayang Kumunah meninggal dunia kerana sakit.

Ini membuatkan Dayang Kumunah sering sedih-sedih kerana kehilangan ayah yang telah mendidik dan membesarkannya sejak dari kecil lagi biarpun bukan ayah kandungnya yang sebenar.

Hingga berbulan-bulan lamanya, hati Dayang Kumunah diselimuti perasaan sedih. Untungnya, kesedihan itu segera terubat dengan kelahiran anak-anaknya yang berjumlah lima orang. Kehadiran mereka telah menghapus ingatan Dayang Kumunah kepada “ayahnya”. Ia pun kembali bahagia hidup bersama suami dan kelima-kelima anaknya.

Namun, Awang Usop merasa kebahagiaan mereka kurang lengkap kerana semenjak mereka berkahwin tidak pernah dia melihat Dayang Kumunah ketawa.

Pada suatu petang, Dayang Kumunah berkumpul bersama keluarganya di serambi rumah mereka. Saat itu, si Bungsu mulai dapat berjalan dengan tertatih-tatih. Semua anggota keluarga tertawa bahagia melihatnya, kecuali Dayang Kumunah.

Kerana keinginan yang amat sangat Awang Usop meminta isterinya untuk ikut tertawa namun Dayang Kumunah menolaknya tetapi suaminya terus mendesak. Akhirnya ia pun menuruti keinginan suaminya. Disaat dia tertawa itulah, tiba-tiba tampak insang ikan di mulutnya. Menyedari hal itu, Dayang Kumunah segera berlari ke arah sungai.
Awangku Usop berserta anak-anaknya hairan dan mengikutinya dari belakang. Sesampainya di tepi sungai, perlahan-lahan tubuh Dayang Kumunah menjelma menjadi ikan dan segera melompat ke dalam air.

Pada masa itu Awang Usop pun baru menyedari kekhilafannya kerana dia sudah memungkiri syarat sewaktu mereka hendak melangsungkan perkahwinan dahulu. Dikala itu tiada apa yang dapat dilakukan kerana segalanya sudah pasrah.

Sebelum menyelam ke dalam air, Dayang Kumunah berpesan kepada suaminya Awang Usup untuk menjaga anak-anak mereka menjadi manusia yang berguna dan tiada sesiapa di kalangan keturunan mereka yang dibenarkan untuk memakan ikan patin kerana barangsiapa yang memakannya adalah seumpama memakan keturunan sendiri dan boleh menjadi gila ataupun mendapat penyakit yang boleh membawa kepada kematian.

Awangku Usop dan anak-anaknya sangat bersedih melihat Dayang Kumunah yang sangat mereka cintai itu telah menjadi ikan. Mereka pun berjanji dan bersumpah akan mematuhi segala larangan yang dikenakan. Sumpahan ini diteruskan ke atas semua keturunan mereka selepas itu.

Inilah cerita legenda ikan patin dan mengapa ramai masyarakat Melayu Sarawak tidak memakan ikan patin.

Tidak diketahui samada kebenaran sumpahan ini ke atas semua keturunan Melayu Sarawak namun yang pasti ada sesetengah masyarakat Melayu Sarawak sememangnya tidak memakan ikan patin. Sesungguhnya setiap hal yang berlaku di dunia ini ada ceritanya dan cerita legenda adalah satu cerita yang digembar gemburkan untuk mencantikkan jalan ceritanya. Sejauhmana kebenarannya hanya Yang Maha Kuasa yang lebih mengetahuinya.

Kredit: Facebook Borneo Oracle (Cerita Lagenda Negeri Sarawak)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-12-2021 01:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tau kisah ni... Rugi la x boleh rasa ikan patin masak tempoyak...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-12-2021 04:44 PM | Show all posts
Revolver replied at 27-12-2021 01:02 PM
Baru tau kisah ni... Rugi la x boleh rasa ikan patin masak tempoyak...
sini banyak lagi ikan yang boleh buat masak tempoyak uols ...

ikan terubuk antara nya

Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2021 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 29-12-2021 04:44 PM
sini banyak lagi ikan yang boleh buat masak tempoyak uols ...

ikan terubuk antara nya

Lamanya x mkn ikan terubuk... Nak beli pun kayangan sangat harga.... Tak mampu nk beli

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-12-2021 02:06 AM | Show all posts
Revolver replied at 29-12-2021 07:21 PM
Lamanya x mkn ikan terubuk... Nak beli pun kayangan sangat harga.... Tak mampu nk beli
tu blom lagi ikan empurau ...

tapi kan ... terpikir juga ... camne kalau termakan ... tak sengaja ... orang hidang ke ...



Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2021 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah.. sy boleh mkn ikan patin.. sedappp ????

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2022 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pernah cuba makan patin masak tempoyak, tp sayangnya.. Tekak tak terima (rasa mcm tanah-bukan menghina), last2x kwn iol yg abiskan patin tempoyak tapi iol yg tlg byrkan lol..
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 04:24 PM | Show all posts
Macam sy org kltn, atuk nenek bgtau pantang larang jangan makan ikan kekacang. kecil-kecil dulu klau balik kampung..selalu atuk nenek ingatkan pantang larang tue. skrg atuk nenek dah tak ada.

mak pulak yg kadang pesan. tak berani nak cuba. dgr cerita ada yg terlanggar pantang jadik penyakit gatal2 kulit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-1-2022 04:20 PM | Show all posts
ex opismate dulu org miri sarawak..dia kata kami org sarawak memang tak makan ikan patin..
pantang larang org dulu2 katanya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
kaka x mkn ikan patin juga bkn sbb pantang larang ke apa tp mmg x mkn
Dan kisah lagenda org Sarawak x mkn ikan patin ni mmg pernah dgr dulu dr arwah sahabat tp sbb kaka jns x mk  jd mmg xde nak korek cerita knp diaorg x mkn
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2022 09:46 PM | Show all posts
pernah baca kisah nie dalam mastika dulu kala
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 07:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Minat ikan keli yang digoreng rangup
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 10:31 AM | Show all posts
Iols xboleh nak telan ikan sungai... Auto rasa makan tanah..
Kadang teringin juga nak rasa Tekak kokesen iols xboleh terima.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan sungai memang aku tak makan..ikan keli haruan patin sepat
Ikan sepat tu family aku bela kat aquarium bukan utk dimakan yer
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2022 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
DianaSaksen replied at 21-1-2022 03:35 PM
Ikan sungai memang aku tak makan..ikan keli haruan patin sepat
Ikan sepat tu family aku bela kat aqu ...

Ikan sepat bela kat aquarium??? Alahaiiii...berlambak kat sawah. ..org buat ikan masin jer.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada kawan org sarawak mng tak makan ikan patin sebab akan jatuh sakit. Ada kawan cerita maknya kalo nampak ikan patin pun boleh jatuh terjelepuk lembik terus apatah lagi kalau makan..tak tau la pulak mmg betul ada sumpahan ya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-8-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols dolu masa study, hampir setiap hari makan tempoyak ikan patin. Iols memang gemar ikan sungai, manis gittuew.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2022 11:40 AM | Show all posts
ada kisah ya... me baru tau. Tapi me mmg tak makan ikan sungai. Tak lepas tekak... heheheh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.066922 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list