CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1093|Reply: 0

Bolehkah jamak solat ketika banjir?

[Copy link]
Post time 27-12-2021 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Bolehkah jamak solat ketika banjir?




SOALAN:
Assalamualaikum wbt, Adakah situasi banjir membolehkan mangsa banjir untuk solat jamak berdasarkan dalil Nabi solat jamak ketika hujan ? Terima kasih.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan tidak boleh untuk mereka melakukan solat jamak semasa banjir. Ini kerana, mangsa banjir pada kebiasaannya ditempatkan di dalam penempatan sementara seperti dewan orang ramai, sekolah-sekolah, dan sebagainya. Berkumpulnya mereka di situ sahaja sudah membolehkan untuk mereka solat berjamaah pada setiap solat fardhu. Adapun solat jamak ketika hujan, ianya memang benar warid dari Nabi SAW dan dibolehkan disisi mazhab Syafie (Al-Umm, 1/95 ; Al-Majmu’, 4/378). Akan tetapi ianya hendaklah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para fuqaha’ iaitu:

Jamak yang dilakukan mestilah jamak taqdim, dan tidak jamak ta’khir. Ia mesti dilakukan mengikut syarat jamak taqdim iaitu dimulakan dengan solat yang awal (Zohor atau Maghrib) dan mesti berniat untuk jamak di dalam solat yang pertama, selewat-lewatnya sebelum memberi salam bagi solat pertama. (Al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 1/484 – 485)

Solat yang kedua (Asar atau Isya’) mestilah dilakukan secara berjemaah di masjid. Tidak disyaratkan untuk solat berjemaah pada solat yang pertama dan dibolehkan untuk solat bersendirian pada solat pertama. Apabila imam mengisytiharkan dijamakkan solat, maka harus seluruh ahli jemaah menjamakkan solat, walaupun ada yang tinggal berdekatan dengan masjid kerana dalam peristiwa solat jamak disebabkan hujan pada zaman Nabi SAW, baginda sendiri mengimamkan solat sedangkan rumah baginda bersebelahan dengan masjid. (Mughni al-Muhtaj, 1/274; Al-Hawi, 4/494; Al-Majmu’ 4/258)

Ia mestilah dilakukan di masjid, bukannya di rumah. Masjid atau surau itu mestilah jauh jaraknya sehingga hujan itu memberi kesan kepada orang yang hendak menunaikan solat. Sekiranya rumah berdekatan masjid, tidak dibolehkan jamak. (Al-Umm, 1/95)

Tidak boleh jamak melainkan hujan yang membasahi pakaian. Hujan yang tidak membasahkan pakaian, tidak boleh jamak kerana ia tidak memberi kesan mudarat pada pakaian. Begitu juga salji, hukumnya adalah sama seperti hujan. (Al-Majmu’, 4/378)
Wallahu a’lam. -Muftiwp

www.indahnyaislam.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071031 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list