CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samshik

LaGu2 RaYa eVerGrEEn: LiRik dan SejArAhnyer...

  [Copy link]
Post time 25-8-2010 01:02 PM | Show all posts
Halil Chik & Trio Manja

Lenggang Mak Limah

( Hai lenggang sayang )
Lenggang lengggok Mak L ...
elorna Post at 25-8-2010 12:58


best lagu nih...
EMI antara yang banyak menerbitkan koleksi lagu raya klasik... [ nak kena carik CD ni.. ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 01:03 PM | Show all posts
alamak.. part nie mek kurang pandai nok!!! sapo yang leh tolong ??
samshik Post at 25-8-2010 12:56



Nak tolong boleh... tp seeloknya list lagu tu letak kat post #1

ada idea lain?
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:04 PM | Show all posts
Reply 178# dzaraa

dh ada dzaar kt page 6
siap ade gif gerak2 lagik
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:05 PM | Show all posts
Post Last Edit by PurpleAxe at 25-8-2010 13:09

   
             Khairil Johari Johar

Sepasang Kurung Biru


Tiada salam atau ucapan
Tiada pesan tanda ingatan
Suasana penuh keriangan
Ku teringat pada seseorang
oh...

Di hari yang berbahgia ini
Hatiku kosong dan sepi sekali
Betapa manis kenangi lalu
Menyambut raya bersama denganku
oh...

( korus )
Tiada bisikan lembut yang ku dengar
Hanya suara azan sayup bergema
Masih kurasakan hangat tanganmu
Di pagi raya bersalam dengan ku

Tetamu datang tetamu pergi
Namun tak tiba orang ku nanti
Hanya sepasang kurung nan biru
Menjadi teman mengubat rindu ku
oh...

( ulang korus )
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 01:05 PM | Show all posts
Nak tolong boleh... tp seeloknya list lagu tu letak kat post #1

ada idea lain?
PurpleAxe Post at 25-8-2010 13:03



    bukak jer komen baru.. nanti kat tajuk tu mek tambah (list lagu kat page...) ok tak??
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:06 PM | Show all posts
Post Last Edit by PurpleAxe at 25-8-2010 13:21


      A Ramlie & Maria Bachok

Malam Tujuh Likur


( MB: )
Abangku dengar-dengar ku berkata
Malam ini kita sambut tujuh likur
Hanyalah tinggal tiga hari saja lagi
Kita akan menyambut hari raya

( AR: )
Jangan dik jangan bimbang jangan gaduh
Pakaian anak kita dah sedia
Kuih ketupat yang abang janjikan itu
Marilah dihidangkan untuk tamu

( MB: & AR: )
Di pagi hari raya yang mulia
Marilah pergi ke rumah mertua
Bermaaf-maafan bersama
Bermaaf kita suami isteri

( MB: )
Jangan bang jangan lupa malam nanti
Bawalah anak kita bertemasya
Ke taman hiburan gembira riang-ria
Setahun sekali berhari raya

( MB: & AR: )
Marilah kita sambut hari raya
Maaf bermaafan bersukaria
Di lain tahun kita jumpa
Supaya hidup ini bahagia
Selamat menyambut hari raya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-8-2010 01:10 PM | Show all posts
best lagu nih...
EMI antara yang banyak menerbitkan koleksi lagu raya klasik... [ nak kena cari ...
cmf_Uranus Post at 25-8-2010 13:02


yup!! mek sanggup beli lagu2 raya EMI.. semua lagu2 nostalgia.. ada 2 cd dlm tu!! mmg berbaloi!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:10 PM | Show all posts
bukak jer komen baru.. nanti kat tajuk tu mek tambah (list lagu kat page...) ok tak??
samshik Post at 25-8-2010 13:05


OK... nanti PP booking 1st post kat page 10...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-8-2010 01:11 PM | Show all posts
OK... nanti PP booking 1st post kat page 10...
PurpleAxe Post at 25-8-2010 13:10



    beres nok!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:17 PM | Show all posts
korang ... alang2 letak lirik tu .. meh la letak mp3 ke .. yewtube sekali ke. jgn letak tiub beskal udah.

selamat hari rayaaa!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:18 PM | Show all posts
Dengan Bismillah
-Uji Rashid

Mulakan dengan Bismillah
Seterusnya niat bertaqwa
Ramadan yang mulia
Akan sempurna

Di malam kemuliaan
Sesungguh telah di turunkan
Malam yang utama
Lailatul Qadar

Turunlah malaikat dan roh
Diizin Tuhan mereka
Membawa segala-gala
Dari setiap peringkat

Sejahteralah malam
Sehingga menjelang fajar suci
Tenteram ku rasa
Di Aidilfitri
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:18 PM | Show all posts

lagu ni hanya bley nyanyi lepas dengar announcement psai raya...
or lepas confirm esok raya...

dR Sam

Esok Hari Raya


Pagi-pagi lagi dah ribut
Nak ke pasar berebut-rebut
Lipat beras ketupat pulut
Serta memasak cepat merungut

Anak bulan belumlah nampak
Esok raya atau tidak
Lodeh rendang sudah di masak
Depanlah rumah masih berselerak

( 1 )
Gembiranya bila mendengar berita
Jika terlupa hendak berbuka puasa
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya
Esok hari raya

( 2 )
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya

( ulang dari 1, 2, 2 )

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Hari raya !
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:27 PM | Show all posts
OTHMAN HAMZAH GEMBIRA BERSAMA DI HARI RAYA
Gembira Bersama Di Hari Raya

Hari ini sungguhlah indah
Langit cerah nampak bahagia
Hari ini aku merasa
Sungguh riang kerna hari raya

Akan ku sambut dengan riang dan gembira
Wahai kawan mari bersama suka-ria
Pada yang tua maaf di pinta
Pada kawan begitu juga

Kesalahan masa nan lalu
Lupakan saja tempuh yang baru
Pada yang jauh tak (usah) ku lupa
Agar mereka gembira bersama
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:28 PM | Show all posts
Malek Redzuan

Ewa Ewa Hari Raya

Selamat hari raya
Selamat hari raya
Di hari mulia ucapan dikirim
Kepada semua muslimin muslimat
Kepada ayah bonda sanak saudara
Tidak lupa kepadamu
Kekasihnya tercinta

( 1 )
Selamat hari raya
Selamat hari raya
Kupohon ampun segala dosaku
Lupakan setiap rasa kemarahan
Ataupun kebencianmu yang tersimpan
Hari ini hari mulia
Bersihkan jiwa raga

( rap 1 )
Ewa Ewa adik sungguh lawa
Abang apa kurangnya
Hari ini hari raya
Bila tiba hari begini
Umat islam bergembira
Menyambutnya di sana sini
Bermaaf-maaf bersama

( rap 2 )
Tom tam bola
Kain langsir ela ela
Nenek rambut putih
Datuk janggut merah
Emak jangan berleter
Bapak jangan marah
Jangan masuk kolong
Hari ini hari raya!

( ulang dari 1 )

( ulang rap2 2X )
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:31 PM | Show all posts
motip thread ni buat iols tiba2 excited nak raya.....................
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:33 PM | Show all posts
beres nok!!
samshik Post at 25-8-2010 13:11



Tukar ler... Post #1 kat page 9
rasa cam lmbt jer page 10///
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-8-2010 01:35 PM | Show all posts

Indra Shahrir

Selamat Hari Raya


Sudah di jauh hari
Anak-anak bising tak henti-henti
Kita tentukan baju, kasut baru
Untuk dipakai nanti di hari
Hari yang mulia aidilfitri

Emak pun sibuk memasak
Ketupat dan rendang dan sayur lemak
Wajik dan kuih lapis, roti renjis
Ah Chong, Mamat dan Johnny, Mutusamy
Sama-sama makan hidangan kami

( 1 )
Selamat (Selamat)
Hari Raya (Hari Raya)
Selamat (Selamat)
Aidilfitri (Aidilfitri)
( 2X )

Fakir di hari raya
Semua orang nampak hati gembira
Sudah pergi sembahyang hati riang
Saling berjabat tangan bersalaman
Pada ayah bonda serta jiran

Suka (???) cuti sekolah
Sesama murid di satu darjah
Kami tidak kan lupa, juga nenda
Saling bermaaf-maafan zahir batin
Ucap minal aidil walfaizin

( ulang 1 2X )
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:36 PM | Show all posts
ok, actually indon pun byk jgk lagu raya salah satunya, lebaran....

selamat hari lebaran
minalaidilwalfaaizin..mari mengucapkan syukur
kehadrat ilahi....

lagu nie asalnya nyanyian oslan hussein, penyanyi yg berasal dari padang, sumatera.. tp pada tahun 1970-an, penyanyi effa rizan merakam semula lagu lebaran nie dgn version yg lebih rancak....
Reply

Use magic Report

Post time 25-8-2010 01:38 PM | Show all posts
nie lagu raya paling aku suke :

Junainah M. Amin

Suasana Riang Di Hari Raya

Marilah adikku ...
pencintaTZ2010 Post at 25-8-2010 11:20


samalah!!!

lagu suasana riang di hari raya by junainah m amin ni pun lagu feveret ai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2010 01:38 PM | Show all posts
Tukar ler... Post #1 kat page 9
rasa cam lmbt jer page 10///
PurpleAxe Post at 25-8-2010 13:33



    jap.. bos tengah menempel nie ha!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 10:05 AM GMT+8 , Processed in 0.325779 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list