CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

[Sarawak] Pusat permainan kanak-kanak boleh beroperasi 1 Januari

[Copy link]
Post time 28-12-2021 07:56 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sektor pusat permainan kanak-kanak (arked) yang bertempat di pusat beli-belah dibenarkan beroperasi bermula 1 Januari 2022.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, pusat tersebut dibenarkan beroperasi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH).

“Operator pusat permainan kanak-kanak perlu memohon kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sebelum memulakan operasi,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBN mengingatkan premis perniagaan bahawa Sarawak masih berada dalam PPN Fasa 3 dan masa beroperasi perniagaan dihadkan sehingga jam 12.00 tengah malam sahaja.

“Aktiviti sambutan ambang Tahun Baharu adalah tidak dibenarkan. Operator premis perniagaan yang didapati tidak mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan kompaun,” tegasnya.

Tambah JPBN, pihak penguat kuasa akan mempertingkatkan operasi bersepadu dalam tempoh ini untuk memantau pematuhan SOP aktiviti sambutan tersebut.
by Suaraswk
December 28, 2021




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 09:15 PM GMT+8 , Processed in 0.047346 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list