CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 507|Reply: 0

[Borneo] Penilaian awal prestasi pelajar

[Copy link]
Post time 28-12-2021 09:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah menyambut baik keputusan kerajaan menangguhkan sesi persekolahan bagi penggal tiga 2021/2022 selama seminggu.

Beliau yang juga merangkap sebagai Adun Dalat menyifatkan penangguhan pembukaan sekolah tersebut sebagai satu hikmah kerana ia memberi ruang kepada pihak yang terlibat untuk membuat sesi perbincangan, membuat perancangan dan pelaksanaan yang sistematik.

“Tahun 2022 adalah tahun untuk kita mengejar dan pemulihan.

Majoriti anak-anak kita yang belajar terutamanya di luar bandar telah terjejas, ada yang telah ketinggalan berikutan Covid-19.

“Kemahiran serta pengetahuan yang sepatutnya mereka kuasai dua tahun lepas juga belum lagi dikuasai.

Justeru, perlu ada pelan untuk mengejar (“catch up”) dan pemulihan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut Fatimah lagi, melihat kepada situasi banjir dan impak yang luar biasa ke atas rakyat seperti kehidupan harian, harta benda, prasarana fizikal, kemudahan asas, bangunan dan persekitaran tempat tinggal, serta tempat kerja di Semenanjung, keputusan berkenaan semenangnya wajar ditangguhkan.

“Tambahan pula guru dan murid adalah antara yang terkesan oleh musibah banjir tersebut.

Malah, ada sekolah yang digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS).

“Untuk Sarawak, walaupun pada masa ini kita tidak mengalami banjir seperti di Semenanjung, masa ini boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk membuat persiapan yang lebih rapi sebelum sekolah dibuka semula dalam norma baru,” jelasnya.

Selain itu, beliau memberitahu bahawa perancangan yang rapi juga perlu dibuat untuk Penilaian Awal ke atas prestasi atau tahap pengetahuan dan kemahiran pelajar.

“Kita harus ingat tidak semua pelajar mendapat manfaat daripada pembelajaran dalam talian.

“Oleh itu, pelaksanaan Penilaian Awal penting untuk merangka pelajar kepada pelan mengejar pembelajaran.

Ini memerlukan perbincangan dan perancangan profesional daripada barisan guru, hala tuju yang jelas oleh Guru Besar atau Pengetua dan difasilitasi oleh Ketua Panitia bagi setiap subjek,” tambahnya.

Terdahulu, Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin telah mengumumkan sesi persekolahan penggal ketiga 2021/2022 bagi negeri Kumpulan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada 9 Januari.

Manakala, sesi persekolahan bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Labuan bermula 10 Januari 2022.


sarawakvoice.com/2021/12/28
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 04:47 AM GMT+8 , Processed in 0.050717 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list