View: 1702|Reply: 0
|
Suzuki Every dengan kit badan DAMD
[Copy link]
|
|
Pengeluar aksesori dari Jepun, iaitu DAMD sebelum ini sudah terkenal dengan pengeluaran kit badan yang menjadikan Suzuki Jimny kelihatan seperti Mercedes-Benz G-Class (Little G) dan juga Land Rover Defender (Little D). Sekarang, mereka melakukan perkara yang sama, tetapi untuk Suzuki Every pula.
Kit ini akan mula dijual pada tahun hadapan dan mengubah keseluruhan muka hadapan van kecil ini menjadi seperti Defender. Lampu asal yang berbentuk petak ditukar dengan bentuk bulat manakala bampar pula menggunakan unit yang berwarna hitam tanpa cat.
Untuk menggunakan lampu ini, fender tepi juga perlu ditukar sementara gril hadapan juga mengikuti konsep sama dengan bentuk petak. Di atasnya terdapat tulisan “LITTLE”. Bahagian lain badan Every ini tidak ditukar, tetapi ia dicat dengan warna hijau gelap baru untuk melengkapkan penampilannya.
Di Jepun, Every termasuk dalam kategori kereta kei car dan dipacu oleh enjin tiga silinder turbo 660 cc R06A yang menghasilkan kuasa 64 PS dan 95 Nm tork. Ia dipadankan bersama transmisi automatik empat kelajuan, untuk menghantar kuasa ke roda belakang atau kesemua empat tayar.
Satu lagi model yang menerima ubah suai daripada DAMD adalah Spacia Gear, tetapi ia tidak mendapat kit badan yang menyerupai mana-mana model lain. Ia cuma diberi kemasan keliling lampu, gril serta jalur krom, dan dipanggil sebagai Nomad. |
|
|
|
|
|
|
| |
|