CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 455|Reply: 0

Gunung di Arab Saudi dilanda lagi salji

[Copy link]
Post time 3-1-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode

Kawasan pergunungan Jabal al-Lawz di Tabuk, Arab Saudi yang dilanda salji. - Foto AGENSI

RIYADH: Sebuah gunung di Arab Saudi, Jabal al-Lawz, Tabuk diseliputi salji sejak awal pagi Sabtu lalu, sekali gus menarik penduduk setempat ke wilayah itu.

Salji agak tebal kali ini berikutan gunung setinggi lebih 2,500 meter di wilayah barat laut Arab Saudi berhampiran sempadan Jordan di wilayah Tabuk, kira-kira 200 kilometer (km) ke barat laut bandar Tabuk dilanda cuaca sejuk melampau dan hujan.

Keadaan gunung yang bertukar putih itu menyebabkan ramai tertarik dengan kehadiran salji itu, dengan kanak-kanak tidak melepaskan peluang bermain salji dan mengambil gambar yang dikongsi di media sosial.

Ramai pengguna media sosial terkejut dengan kehadiran salji di Arab Saudi walaupun kawasan berkenaan sememangnya bercuaca sejuk.

Menurut saluran stesen televisyen satelit Al-Ekhbariya, salji terus turun sehingga semalam manakala Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) Arab Saudi menyatakan bahawa ribut petir akan melanda beberapa wilayah sehingga hari ini.

Menurut NCM lagi, ribut petir serta hujan dan hujan batu dijangka berlaku di Makkah, Al Bahah, Riyadh, Al Qassim dan beberapa kawasan lain.

Susulan perkembangan itu, NCM mengeluarkan ramalan ribut petir dalam beberapa hari seterusnya disertai angin kencang di Asir, Jazan, Al-Madinah, Hail, sempadan utara dan Al-Jawf serta wilayah Tabuk, di mana lebih banyak salji dijangka turun.

Selain itu, salji juga dijangka memenuhi kawasan di Jabal al-Lawz serta pergunungan Al Dhahr dan Alqan pada awal Ahad, dengan suhu dijangka turun di bawah 0° Celsius.

Dengan perkembangan itu, Pertahanan Awam Arab Saudi menggesa pelawat dan penduduk Tabuk supaya berwaspada dalam keadaan penglihatan yang terhad dan kemungkinan hujan lebat serta guruh dijangka berterusan sehingga Isnin.

Pada tahun lalu dan 2019, wilayah Tabuk turut diselimuti salji akibat suhu terlampau sejuk.

Pada 25 November lalu, beberapa wilayah di utara Arab Saudi juga dilitupi salji, sebahagian besarnya di Qurayyat, di mana penurunan suhu ketara dicatatkan. - AGENSI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 04:21 AM GMT+8 , Processed in 0.055641 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list