CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 445|Reply: 0

Si bulus punca lebih 100 rumah terbakar

[Copy link]
Post time 5-1-2022 10:41 AM | Show all posts |Read mode
Seoulebih 100 kebakaran rumah berpunca daripada kucing sejak tiga tahun lalu di Korea Selatan, kata pegawai bomba sambil memberi amaran kepada pemilik haiwan peliharaan supaya terus berjaga-jaga.

Portal Independent melaporkan, kucing menyebabkan 107 kebakaran rumah antara Januari 2019 sehingga November 2021, demikian kenyataan Jabatan Bomba dan Bencana Metropolitan Seoul.

Majoriti kebakaran dipercayai berpunca daripada kucing selepas ia menghidupkan dapur elektrik di dapur dengan tapak tangan, lapor The Korea Herald.

Daripada jumlah ini, hampir separuh daripada kes berlaku apabila pemilik berada di luar rumah.

Perkakas rumah seperti periuk induksi elektrik yang boleh dihidupkan dengan mudah melalui tapak tangan kucing kerana ia mempunyai butang sensitif sentuhan.

"Kebakaran berpunca daripada kucing terus dilaporkan pada hari ini. Kami menasihatkan pemilik haiwan peliharaan untuk memberi perhatian lebih kepada risiko kebakaran," kata pegawai jabatan, Chung Gyo-chul.

Pegawai berkata, sekurang-kurangnya empat orang cedera dalam insiden yang dilaporkan.

Pegawai mencadangkan pemilik kucing menggunakan dapur elektrik yang dilengkapi dengan fungsi kunci automatik untuk mengurangkan risiko kebakaran.

Data yang dikongsi oleh pihak bomba menunjukkan peningkatan dalam kebakaran rumah berkaitan haiwan peliharaan di Seoul, dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sekurang-kurangnya 31 kejadian sama dilaporkan antara Januari sehingga September 2019, peningkatan mendadak daripada hanya tujuh kes pada 2017.

Tetapi masalah insiden kebakaran domestik berkaitan haiwan peliharaan bukan perkara asing.

Di Amerika Syarikat (AS), negara itu turut merekodkan kes sama dengan nisbah yang jauh lebih tinggi, setiap tahun.

Data daripada sebuah persatuan di AS menunjukkan haiwan peliharaan menyebabkan hampir 1,000 kebakaran rumah setiap tahun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.223381 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list