CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1996|Reply: 22

[Tempatan] Maut dibaham harimau, mayat ngeri ditemui

[Copy link]
Post time 8-1-2022 08:10 PM | Show all posts |Read mode
Maut dibaham harimau, mayat ngeri ditemui


HARIMAU belang yang mengamuk dan membunuh seorang lelaki di Pos Bihai, Gua Musang. FOTO Ihsan Perhilitan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut selepas diserang seekor harimau belang jantan ketika sedang membuang air kecil di belakang rumahnya.

Malah mangsa dikatakan sempat diseret haiwan liar itu sebelum mayatnya ditemui pasukan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).

Perkara itu dimaklumkan salah seorang penduduk berhampiran Kampung Orang Asli Sau, Pos Bihai, Gua Musang, Kelantan tadi.

Dia yang enggan namanya didedahkan memaklumkan harimau jantan itu sudah mula mengganggu penduduk sejak malam semalam.

"Penduduk kampung itu diserang ketika keluar mencari ikan untuk menyambut pesta padi malam semalam. Kami dikejar haiwan buas itu namun berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Namun pagi tadi salah seorang penduduk kampung berusia 59 tahun diserang harimau ketika membuang air kecil di belakang rumahnya sekitar jam 9 pagi.

"Anak perempuan mangsa yang sedang menumbuk padi mengesyaki sesuatu berlaku terhadap ayahnya selepas terdengar bunyi anjing menyalak kuat.

"Penduduk kampung ini kemudian pergi memeriksa di belakang rumah mangsa sebelum menemui kesan darah.

"Tidak lama kemudian penduduk terserempak sekali lagi harimau itu. Harimau itu cuba menerkam namun sempat dibaling dengan lembing hingga mengenai matanya," katanya.

Menurutnya, tidak lama kemudian pasukan Perhilitan tiba dan mengarahkan semua penduduk berkurung sementara di dalam rumah.

"Apa yang saya tahu mereka cuba menjejaki harimau belang itu. Harimau belang seberat lebih 100 kilogram itu berjaya ditemui mereka tengah hari tadi di hutan berhampiran.

"Namun pihak Perhilitan terpaksa melepaskan tembakan selepas harimau itu cuba menyerang mereka. Harimau itu berjaya dibunuh dan dibawa keluar dari hutan.

"Dalam masa sama mayat Anek (mangsa) berjaya ditemui di dalam hutan. Dia dipercayai diseret harimau itu," katanya.

Menurutnya, penduduk kampung berterima kasih terhadap tindakan pantas Perhilitan yang berjaya menjejaki harimau belang itu.

Dalam kejadian 6 Julai lalu, seorang lelaki, Adin Andok, 45, parah di kepala, perut, mata kiri, bahu dan lengan kiri akibat diserang harimau di kebunnya di Kampung Badak, Pos Bihai.

Mangsa bagaimanapun sempat diselamatkan anaknya yang menyedari kejadian itu.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mayat-ngeri-ditemui

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2022 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannyap
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pak belang mengamuk?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa xgunakan ubat pelali je tembak harimau tu?
Makin pupus la harimau dlm negara ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
seramnyaaaa..takut bethol kalau terserempak
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 09:28 PM | Show all posts
Napa perlu tembak mati..tembak pelali x boleh ke? Lpskan kat zoo
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-1-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Why harimau tu mengamuk? Apa yang trigger dia in the first place?
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Harimau tu kelaparan kot.. sbb hutan ditarah atau banjir
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2022 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
harimau tu akhirnya dibunuhhh juga
bertabahlah pak belang.makin pupus
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian sgt dgn harimau. Pasti bersebab. Mesti lapar sbb dah xjumpa makanan dia since hutan kena tarah. I harap roh harimau ni tarah la payung2 kuning tu masa dlm kubur nanti
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
What about mangsa
Waris??

Cer ltk di tmpt dorg

Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
supernaturalee replied at 8-1-2022 10:36 PM
What about mangsa
Waris??



tu la..kesian kat rimau..keluarga si mati tu ingat tak sedih ke.

cerita dia kenapa tak tembak pelali ialah dia nk cuba serang... kalau pelali bkn mcm dlm cite katun sekali tembak terus pengsan...sempat la perhilitan tu kena baham dulu agaknya
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 8-1-2022 10:24 PM
Kesian sgt dgn harimau. Pasti bersebab. Mesti lapar sbb dah xjumpa makanan dia since hutan kena tara ...

betul la kot...kenapa rimau kluar sbb lapar atau habitat kena ganggu dgn manusia.

payung kuning ke... bulan ke...keris ke...roket ke semua sama tamak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 11:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jari10 at 8-1-2022 11:44 PM

Hujung tahun lepas pun ada sekor rimau ditembak mati kan sbb serang perhilitan.. tak ingat spesies rimau apa..yes for sure NYAWA manusia jadi keutamaan.. cuma nak tanya, dah mmg tahu ada possibility diserang dek rimau yg sdg ngamuk, tak boleh ke lindung keselamatan guna pelali..takde ke sop guna pelali..utk elak guna peluru, elak manusia atau haiwan tu terkorban? Sekadar tanya drp orang biasa2 yg x tahu
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya. Itulah habitat haiwan dah diancam dek pembalakan berleluasa. Mana lagi dia nak cari makan. Mohon pergi cari darah kuning yach pak belang. Kesian2.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2022 11:49 PM | Show all posts
kesian pulak dekat harimau akhirnya mati juga dia kena tembak.. tapi untuk kes ni orang2 asli tidak la kaki conquer hutan2 macam pembalak dan kaki buat perumahan tu... jadi iols kesian untuk dedua mangsa dan pemangsa...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2022 11:51 PM | Show all posts
Manjahati replied at 8-1-2022 09:28 PM
Napa perlu tembak mati..tembak pelali x boleh ke? Lpskan kat zoo

boleh tapi lambat dia nak pengsan kaka... mati dulu la nampaknya kalau kena terkam
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2022 11:15 AM | Show all posts
kalau manusia dah tak boleh coexist dgn khazanah alam macam harimau ni makna malaysia gagal mengurus.

species pak belang hampir pupus. species manusia masih gigih membiak dgn jayanya. Go figuea!


Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:31 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 8-1-2022 11:51 PM
boleh tapi lambat dia nak pengsan kaka... mati dulu la nampaknya kalau kena terkam

Ooo gitu ye... x pasal2 karang tambah lg mangsa pak belang ni ye????
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2022 05:38 PM | Show all posts
Dah ada yang melapurkan tapi tak cepat bertindak.  Nak kena tunggu sampai ada yang hilang nyawa baru ada yang datang beri bantuan.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 03:41 AM GMT+8 , Processed in 0.239990 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list