CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1263|Reply: 0

Samsung lancar lagi model baru. Kali ni Galaxy S21 FE 5G

[Copy link]
Post time 9-1-2022 11:57 PM | Show all posts |Read mode


Galaxy S21 FE 5G dilancarkan
Muhammad Saufi Hassan


Samsung Malaysia hari ini melancarkan peranti baharu keluarannya iaitu Samsung Galaxy S21 FE 5G dengan padanan spesifikasi terkini.

  Menerusi peranti pintar baharu itu, ia dikuasakan dengan pemproses 64 bit Octa Core hasil binaan 5nm bersama-sama padanan memori (RAM) 8GB untuk pelancaran sebarang aplikasi dengan mudah.

  Samsung Galaxy S21 FE 5G ini menggunakan 6.4 inci skrin AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+).

  Untuk memberi pengalaman permainan yang lebih baik, Samsung bijak melakukan padanan skrin dengan kadar segar semula 120Hz  manakala untuk mod permainan, ia mampu mencapai 240Hz hasil teknologi 'Touch Sampling Rate'.

  Pengguna boleh melakukan padanan pilihan untuk 128GB atau 256GB bersama-sama keupayaan storan bateri 4,500mAh.

  Paling mengagumkan adalah tetapan tiga lensa utama di bahagian belakang yang memberikan kualiti imej gambar tahap profesional dalam apa jua keadaan.

  Untuk pengguna masa kini yang berkait rapat dengan media sosial, pastinya kelebihan tetapan kamera yang ditawarkan oleh Samsung memberi keupayaan rakaman gambar pada tahap terbaik.

  Tetapan tiga lensa ini adalah 12 megapiksel (MP) sudut ultra lebar bersama keupayaan sensor F2.2 disokong bersama lensa 12MP sudut lebar dan 8MP telefoto.

  Bagi lensa telefoto berkenaan, ia menyokong 32x 'space zoom'.

  Pengguna boleh melakukan pra tempahan bermula esok dengan harga ditawarkan bagi model Galaxy S21 FE 5G bersama 8GB RAM + 128GB pada RM2,899 manakala untuk versi 8GB + 256GB adalah RM3,099.

  Pengguna akan mendapat baucer RM350 bersama SamsungCare, perlindungan termasuk kerosakan akibat cecair.

Spesifikasi Galaxy S21 FE 5G

Pemproses: 64bit Octa Core

RAM: 8GB

Kamera: 12MP + 12MP + 8MP

Storan: 128GB / 256GB

Disiarkan pada: Januari 5, 2022 @ 11:14pm

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 1.021646 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list