CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4355|Reply: 68

[Dunia] Positif COVID-19, 39 rakyat Malaysia kandas di London.

[Copy link]
Post time 10-1-2022 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Seramai 39 rakyat Malaysia terkandas di London selepas didapati positif COVID-19 menjelang penerbangan pulang ke tanah air.

Angka itu diperoleh daripada pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London setakat 5 Januari lalu, selepas menerima 27 maklumat daripada rakyat Malaysia di bandar raya berkenaan mewakili mangsa terbabit.

Daripada 27 maklumat itu, hanya satu membabitkan kemasukan ke hospital untuk rawatan lanjut manakala yang lain tidak dapat pulang kerana belum menerima sijil pulih bagi membolehkan mereka menaiki penerbangan.

Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di London berusaha menawarkan bantuan kepada semua rakyat Malaysia yang terkandas walaupun sekatan menimbulkan cabaran baharu kepada mereka yang ingin membantu.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang menetap di London berusaha membantu mangsa yang terkandas dengan menyalurkan bantuan makanan, sokongan moral dan sebagainya.

Pengusaha restoran Putera Puteri, Noor Amy Ismail, menyediakan bungkusan makanan untuk dihantar kepada sebuah keluarga yang terkandas.

"Kami menerima maklumat daripada rakan di Malaysia menyatakan ada keluarga terkandas, kami berusaha membantu mereka," katanya.

Difahamkan, keluarga terbabit menunggu penerbangan pulang ke Malaysia sebelum disahkan positif COVID-19 dengan seorang daripada ahli keluarga itu dimasukkan ke hospital dan mendapat bantuan alat pernafasan.

Selain itu, sebuah keluarga yang sedang pulih daripada COVID-19, terpaksa membayar kos beberapa ujian saringan bagi anak mereka yang berusia dua tahun.

Mereka bernasib baik kerana mampu membayar kos ujian saringan terbabit dan berupaya mendapatkan tempat penginapan sementara.

Sejak Disember tahun lalu, United Kingdom (UK) merekodkan peningkatan mendadak kes positif COVID-19 terutama membabitkan varian Omicron.

Justeru, rakyat Malaysia yang berhasrat melancong ke UK dinasihatkan mengambil maklum kadar jangkitan yang meningkat dan merancang semula perjalanan.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/909666/positif-covid-19-39-rakyat-malaysia-kandas-di-london




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
If you choose to travel now, just for the sake nak holiday oversea sangat make sure you can afford incase any other consequences too la ye. Mampu takpe pegi la mana pun
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 04:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mohon...jgn bawa penyakit balik Msia.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kos travel kena lah Kira kos2 kemungkinan kurantin Dan segala jenis kos ujian Dan SOP.
Jangan ingat jemaah umrah je boleh kena covid ..faham tak
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nakharom ni semua pergi holiday oversea tak reti2 ke nak beli travel insuran? Dari dulu dok buat perangai sama menyusahkan orang. Dah reti beli tiket booking hotel pelbagai, tak reti2 nak klik2 cari insuran ke bangang? Karang gomen tutup balik border kau jugak yang merentan rentan tak cukup tanah nak berjalang-jalang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 05:04 PM | Show all posts
Bila ada yang nasihatkan tangguh dulu berholiday sana sini dikatakan dengki.  Tapi kalau dah jadi macam tu sendiri jugak yang susah.  Nak2 tempat yang dilawati tu cost of livingnya tinggi.  Pergi pulak budget cukup2 je untuk holiday.  Tak ada langsung budget untuk hal kecemasan atau hal diluar jangka. Akhirnya macam itulah jadinya.  Itu baru hal disana sampai sini pasti akam kena sambung kuarantin lagi.  Kalau bekerja makan gaji awal2 tahun habis cuti tahun terpaksa digunakan.  Kabarnya yang pergi umrah pun sama cuti tahun terpaksa digunakan untuk process kuarantin.  Tak termasuk cuti untuk ke umrah tu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-1-2022 06:50 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib la kan.time2 mcm ni pun gigih nk travel ke london bagai.tangguh je la jenjalan tu dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hujung2 jgn nti mintak derma pulak Sebab x mampu tanggung segala kos kuarantine itu ini ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau pegi urusan kerja/emergency blh lah dimaafkan. Ni pegi bercuti boxing day, sila benam depa ni kt sg thames.menyusahkan org
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni fefeeling sambut white krismas kt London la ni sambil shopping kat Harrods kauuu hado???
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk rs simpatii kt nsb diorg nieee pun payah kalo sbb ke sanaa semata2 tuk bholiday sakan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:32 PM | Show all posts
syaz_lina replied at 10-1-2022 07:21 PM
Kalau pegi urusan kerja/emergency blh lah dimaafkan. Ni pegi bercuti boxing day, sila benam depa ni  ...

Tak rasa simpati.... time2 pandemic sakan nak ke obersi...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:41 PM | Show all posts
geng tokri pun sempat dapat covid trip london haritu kan. tp cam kuarantin kejap je.

dahsyat jugak covid kat sana, cam senang nak dapat. harap2 takde la yg kes serius sampai icu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:50 PM | Show all posts
bak kata senah.no alfatihah for you
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Yebbit dah balik ke
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde ambik travel insurance include covid ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
hareeeesah replied at 10-1-2022 04:15 PM
If you choose to travel now, just for the sake nak holiday oversea sangat make sure you can afford i ...

Kan..
Jgn pulak syok2 berholiday..tiber buat crowdfunding sbb masuk hospital
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasanya takde mention dorg minta bantuan utk perubatan sana. Maybe dorg dah amik insurans perubatan utk travel kot. More to kos utk penginapan sementara dan ujian saringan. Tp jgn la meminta2 pula sdgkn korg pegi berjimba2. Sepatutnya prepare emergency fund in case kena stay sana. Bila minta simpati sbb x cukup fulus tu org menyampah sbb dah tahu time2 camni nk berjimba2 jua di london.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:19 PM | Show all posts
becir replied at 10-1-2022 08:02 PM
Takde ambik travel insurance include covid ke

Kalau ada pon bukan boleh claim on the spot.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2022 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Travel insurance kalau apa2 jadi kat overseas kena bayar dulu baru claim so kalau tak de duit pergi pun budget cukup2 susah lah.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 07:43 AM GMT+8 , Processed in 0.288528 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list