CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 435|Reply: 1

[Tempatan] Azam fail saman fitnah terhadap Lalitha

[Copy link]
Post time 12-1-2022 09:02 PM | Show all posts |Read mode
Azam fail saman fitnah terhadap Lalitha


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki. Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam, berdepan tuntutan saman fitnah berikutan penerbitan sebuah artikel di sebuah portal agensi berita, masing-masing pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

Peguam cara, Megat Abdul Munir, berkata tuntutan saman fitnah yang difailkan hari ini, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur itu dibuat mewakili anak guamnya, iaitu Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Megat berkata, keputusan mengemukakan saman fitnah dibuat selepas bekas penyelidik C4 terbabit gagal memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

"Defendan (Lalitha) menerusi peguam sebaliknya mengeluarkan kenyataan di Twitter, dengan menyatakan bahawa beliau kekal terhadap dakwaan seperti dalam penerbitan artikel yang anak guam kami berulang kali tegaskan ia adalah suatu tuduhan fitnah.
"Justeru, anak guam kami (Azam) tidak mempunyai pilihan lain tetapi dengan memfailkan saman ini sebelum tempoh 14 hari dari tarikh LOD untuk menjaga nama baik, reputasi dan kedudukan profesionalnya.

"Justeru, anak guam kami hanya menggunakan haknya seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan, untuk mencari penyelesaian bersesuaian di mahkamah Malaysia.

"Anak guam kami percaya bahawa saluran ini juga memberi hak dan peluang yang sama kepada defendan untuk mengesahkan dakwaannya, berbanding sekadar terbabit dengan perbicaraan oleh media," katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Azam sebelum ini memaklumkan bahawa pihaknya akan mengemukakan saman terhadap mereka yang mencemarkan reputasinya dan SPRM, selain bagi memastikan dakwaan tidak berasas sedemikian tidak berulang.

Ketua Pesuruhjaya SPRM itu sebelum ini didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai, ketika menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara 2015 dan 2016.

Tuduhan itu akhirnya terjawab, 5 Januari lalu, apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang, memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam, iaitu Nasir Baki.

Mengulas lanjut, Megat berkata, anak guamnya tidak akan membuat sebarang kenyataan berhubung perkara terbabit dan menaruh kepercayaan terhadap sistem kehakiman di Malaysia bagi mengendalikan perbicaraan secara seadilnya.

"Anak guam kami sekali lagi menegaskan bahawa SPRM komited untuk melindungi pemberi maklumat yang tertakluk kepada Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ah-terhadap-lalitha


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-1-2022 09:45 PM | Show all posts

Azam Baki

Azam saman Lalitha RM10 juta terusssssssssssssss

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki memfailkan saman sebanyak RM10 juta kepada bekas penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam.

Perkara itu dimaklumkan peguam cara, Megat Abdul Munir menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Menurutnya, tuntutan saman fitnah itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini selepas Lalitha gagal memberi sebarang maklum balas terhadap surat tuntutan (LOD) bertarikh 6 Januari lalu.

“Saman fitnah itu dikeluarkan berikutan penerbitan sebuah artikel sebuah portal agensi berita, masing-masing pada 26 Oktober dan 15 Disember tahun lalu.

“Berdasarkan penyataan tuntutan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, plaintif menegaskan bahawa tajuk artikel-artikel tersebut iaitu “Business Ties Among MACC Leadership: How Deep Does It Go?” adalah bersifat sensasi, skandal, menjengkelkan dan menjelekkan.

“Ini kerana artikel tersebut telah didrafkan, diterbitkan dan diterbitkan semula dengan niat-niat jahat bagi memberi kesan dan gambaran yang amat buruk kepada
pembaca,” katanya.

Dengan kata lain, katanya, kenyataan fitnah artikel-artikel tersebut diterbit dan diterbitkan semula tanpa membuat sebarang pengesahan fakta secara terus atau memberi peluang kepada plaintiff.

Megat berkata, anak guamnya hanya menggunakan hak seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan perundangan berkaitan, untuk mencari penyelesaian bersesuaian di mahkamah di negara ini.

Katanya, beliau juga menuntut perintah mahkamah supaya Lalitha memadam kenyataan atau artikel berkenaan dalam masa tiga hari dari tarikh penghakiman dan permohonan maaf secara terbuka. – K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01/12/azam-saman-lalitha-rm10-juta/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 09:24 AM GMT+8 , Processed in 0.054164 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list