CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 357|Reply: 0

[Tempatan] Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan

[Copy link]
Post time 12-1-2022 09:29 PM | Show all posts |Read mode
Ganja bernilai lebih RM147,000 dirampas, 8 ditahan


Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad menunjukkan ganja yang dirampas pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, hari ini. - Foto NSTP/Izad Thaqif Hassan


KULIM: Polis menahan lapan individu termasuk seorang wanita dan merampas ganja seberat 58.98 kilogram (kg) dengan nilai keseluruhannya berjumlah RM147,450 di sekitar daerah ini dan Pulau Pinang, pada 6 dan 7 Januari lepas.

Ketua Polis Kedah, Wan Hassan Wan Ahmad, berkata kesemua mereka berumur antara 29 hingga 49 tahun, di mana tangkapan pertama membabitkan seorang lelaki yang juga pemandu bas kilang yang ditahan di tempat letak kenderaan kawasan Perumahan Awam, Kelang Lama di sini pada 5.15 petang, 6 Januari lepas.

"Pemeriksaan fizikal pada suspek ini menemukan bahan disyaki dadah jenis ganja anggaran berat 0.35 gram di dalam beg silang yang dipakai di badannya.

"Pemeriksaan lanjut di dalam sebuah bas kilang menemukan dua guni berwarna putih yang masing-masing mengandungi 19 ketulan mampat ganja seberat lebih 19.54kg dan 22 ketulan mampat ganja dengan berat 22.39kg," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di sini, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap lelaki itu polis berjaya merampas 12 ketulan mampat ganja dengan anggaran berat 11.91kg di dalam satu guni berwarna putih di bawah bas kilang itu lebih kurang 12.45 tengah hari pada 9 Januari.

"Lanjutan daripada tangkapan pertama itu, polis kemudian menahan seorang lelaki di kawasan premis RHB Bank, Cawangan Jalan Pasar, Ayer Hitam, Pulau Pinang pada 10.15 pagi, 7 Januari lalu kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah.

"Hasil soal siasat dilakukan oleh pihak polis ke atas tangkapan ini, telah membawa kepada satu lagi rampasan di Seberang Jaya, Pulau Pinang, membabitkan dua bungkusan plastik lut sinar berisi dadah disyaki ganja dengan anggaran berat 1.9kg," katanya.

Wan Hassan berkata, polis kemudian menahan pasangan suami isteri serta merampas ganja dengan anggaran berat 2.87kg di sebuah rumah di kawasan Sungai Lokan, Sungai Dua, Butterworth dekat Pulau Pinang lebih kurang 12.15 tengah hari pada 7 Januari lepas.

"Pemeriksaan lanjut pihak polis dalam rumah itu menemukan beberapa lagi peket dan ketulan mengandungi dadah dalam sebuah almari besi bahagian ruang tamu rumah tersebut," katanya.

Dalam serbuan seterusnya, Wan Hassan berkata pihak polis menahan dua lelaki di hadapan sebuah rumah di kawasan Taman Kamuning di sini lebih kurang 3.30 petang pada 7 Januari lepas, yang turut dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah itu.

Katanya, beberapa jam selepas itu dua lagi lelaki ditahan ketika keluar dari sebuah kenderaan jenis Nissan Sentra di kawasan tempat letak motokar, Jalan Masjid Negeri, Greenlane, Jelutong, Pulau Pinang dan polis menemukan 10 ketulan mampat disyaki ganja di dalam kenderaan itu.

Beliau berkata, kesemua dadah itu dipercayai diperoleh dari negara jiran untuk dipasarkan di negeri ini dan Pulau Pinang.

"Siasatan awal pihak polis mendapati kesemua mereka itu disyaki terbabit dengan rangkaian pengedaran dadah sejak setahun lalu," katanya yang memberitahu kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -dirampas-8-ditahan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 11:56 AM GMT+8 , Processed in 0.355098 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list