CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 2

[Dunia] Remaja campak bayi baru lahir dalam tong sampah

[Copy link]
Post time 12-1-2022 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Remaja campak bayi baru lahir dalam tong sampah

https://www.utusan.com.my/luar-n ... -dalam-tong-sampah/

Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
12 Januari 2022, 10:00 am


RAKAMAN menunjukkan Avila mencampak bayinya baru dilahirkan ke dalam tong sampah. - FACEBOOK JOE IMBRIALE

SANTA FE: Seorang remaja berusia 18 tahun di New Mexico ditahan selepas didapati membuang bayi lelakinya yang baru dilahirkan ke dalam sebuah tong sampah.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan detik ngeri ibu muda itu mencampakkan bayinya yang dibungkus dalam beg sampah hitam, menjadi tular dalam media sosial.   

Lapor Daily Mail, Alexis Avila mendakwa dia hanya mengetahui dirinya mengandung sehari sebelum melahirkan bayinya dalam tandas.


ALEXIS Avila ditahan dan didakwa atas cubaan membunuh dan penderaan kanak-kanak. – JABATAN POLIS HOBBS

Avila didakwa atas cubaan membunuh dan penderaan kanak-kanak selepas bayi lelakinya ditemukan Jumaat lalu bertarung nyawa selama hampir enam jam dalam cuaca 30 darjah selepas dibuang ke dalam tong sampah.  

Bagaimanapun, Avila dibebaskan dari penjara selepas diikat jamin sebanyak AS$10,000 (RM41,946) kurang dua jam selepas ditahan.

Dia akan dihadapkan semula ke Mahkamah Daerah Lea.

Rakaman video menunjukkan remaja itu tiba dengan kereta Volkswagen Jetta lalu membuka pintu belakang dan melemparkan sebuah beg sampah hitam ke dalam tong sampah di Hobbs, New Mexico kira-kira pukul 2 petang pada 7 Januari lalu.

Enam jam kemudian, tiga pejalan kaki menemukan bayi lelaki itu yang masih hidup dan bertali pusat di dalam tong sampah berkenaan.     

Sementara itu, pemangku ketua jabatan polis Hobbs, August Fons berkata, beliau tidak pernah berdepan dengan kes seperti ini.

“Sekiranya anda mengalami kesukaran dengan bayi baru dilahirkan, respon terbaik adalah mencari seseorang yang boleh membantu anda. Hubungi kami dan biar kami membantu anda melalui situasi itu,” katanya.  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-1-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Gilos tino ni Syukur baby tu selamat.
Semoga kau dah tua nanti, org lambung kau ke dalam tong sampah sedemikian rupa yach
Reply

Use magic Report

Post time 13-1-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak perasan dah mengandung…..pelik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.050601 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list