CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 292|Reply: 0

[Tempatan] Malaysia belum iktiraf kerajaan Taliban

[Copy link]
Post time 13-1-2022 12:41 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-1-2022 08:42 AM

Malaysia belum iktiraf kerajaan Taliban[size=14.399999618530273px][size=0.8]Oleh Rafidah Mat Ruzki - Januari 12, 2022 @ 11:37amfidahruzki@bh.com.my





Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah. - Foto fail NSTP




PUTRAJAYA: Malaysia menunggu keputusan pertubuhan antarabangsa sebelum mengiktiraf kerajaan Taliban di Afghanistan. Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah, berkata ketika ini Malaysia tidak terburu-buru untuk mengiktiraf kerajaan Taliban yang mengambil alih kuasa pentadbiran negara itu pada Ogos tahun lalu.

"Kalau boleh ia dibuat melalui platform antarabangsa contohnya, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) membuat keputusan itu.
Ia memudahkan Kerajaan Malaysia membuat keputusan.

"Bagi Malaysia, yang pertama kita belum mengiktiraf kerajaan yang ada di Kabul dan kita berhati-hati dalam proses pengiktirafan ini," katanya pada sidang media selepas menyampaikan amanat Tahun Baharu 2022, di kementeriannya di sini, petang ini.

Saifuddin berkata, Malaysia sebelum ini berikrar untuk menderma kira-kira AS$100,000 (RM418,500) kepada usaha kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan.

Beliau berkata, Pesuruhjaya Suruhanjaya Bebas Tetap Hak Asasi Manusia (IPHRC) Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Datuk Ahmad Azam Ab Rahman juga dilantik sebagai Penasihat Khas mengenai Afghanistan di negara itu bagi memudahcara bantuan kemanusiaan.

Saifuddin berkata, Malaysia sudah mengadakan perbincangan dengan negara lain terutama negara Islam bagi meningkatkan bantuan kemanusiaan di Afghanistan.
Dalam perkembangan lain, Saifuddin ketika menyampaikan amanatnya, meminta warga Wisma Putra untuk turut memberi perhatian kepada negara yang dianggap sebagai 'emerging country' dan ekonomi baharu seperti negara bekas Soviet dan negara di sekitar Laut Kaspian.

Katanya, beliau tidak menentukan negara khusus namun menyarankan Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (ISIS) Malaysia untuk berperanan membuat kajian terhadap ekonomi baharu berkenaan, untuk memastikan Malaysia tidak ketinggalan.

Beliau berkata, Wisma Putra belum berhasrat untuk menubuhkan kedutaan di sesetengah negara terbabit namun jika ia menawarkan sesuatu yang menarik, cadangan itu boleh dipertimbangkan.

"Contoh paling senang adalah Bangladesh. Ia bukan lagi sebuah negara mundur sebaliknya kini sudah menjadi negara membangun.
"Dalam tempoh 10 tahun lagi warga Bangladesh yang sebelum ini datang sebagai buruh akan menjadi pedagang," katanya.





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.053732 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list