CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 849|Reply: 0

Tipu sijil vaksin dianggap berdosa – Zulkifli

[Copy link]
Post time 17-1-2022 10:11 PM | Show all posts |Read mode

Dr. Zulkifli.

Tipu sijil vaksin dianggap berdosa – Zulkifli

PUTRAJAYA – Perbuatan menipu sijil vaksin Covid-19 adalah perbuatan yang dilarang dalam agama dan pelakunya dianggap berdosa.

Perkara itu dijelaskan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakri menerusi artikel soal jawab agama, di saluran portalnya, Maktabah Al-Bakri, hari ini.

Zulkifli berkata, beliau melihat perbuatan menipu sijil itu juga boleh mendedahkan diri dan orang lain kepada bahaya di samping memberikan kesan buruk pada masyarakat dan negara.

“Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab, kita sepatutnya menyahut seruan kerajaan untuk mengambil vaksin sebagai salah satu bentuk ikhthiar bagi melindungi diri dan masyarakat daripada Covid-19.

“Pada kesempatan ini, kami juga ingin menasihati buat mereka yang sudah terlanjur melakukannya untuk sama-sama menginsafi apa yang telah berlaku dan bertaubat kepada Allah SWT.

“Dalam kehidupan norma baharu ini, kita tidak boleh menafikan kepentingan untuk mengambil vaksin kerana ia adalah sebahagian usaha untuk melindungi diri, terutama bagi golongan berisiko tinggi,” katanya.

Justeru, katanya, jelaslah bahawa perbuatan menipu itu bukan daripada ajaran Islam.

“Seseorang itu boleh mendakwa dan menganggap bahawa penipuan sijil vaksin itu hanyalah perkara kecil yang tidak perlu diperbesarkan.

“Hakikatnya, perbuatan menipu itulah antara punca utama yang menyebabkan timbulnya pelbagai masalah dan barah dalam masyarakat seperti budaya rasuah yang berleluasa, budaya tipu-menipu dan seumpamanya,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mendedahkan terdapat jemaah umrah yang dijangkiti varian Omicron tidak menerima sebarang vaksin dan dibenarkan pergi mengerjakan ibadah itu.

Sementara itu, turut tular di media sosial Instagram mengenai seorang ustaz dikenali sebagai Ustaz Abu Syafiq yang tampil membuat pengakuan secara terbuka menjelaskan bahawa dirinya adalah individu yang membawa jemaah yang tidak divaksinasi itu ke Tanah Suci dan mengaku dirinya tidak divaksinasi.-K! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/01 ... p-berdosa-zulkifli/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:28 PM GMT+8 , Processed in 0.064138 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list