CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 402|Reply: 0

Lelaki banyak identiti dicekup

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:15 AM | Show all posts |Read mode

NICHOLAS Rossi

London: Seorang lelaki Amerika Syarikat (AS) dipercayai memalsukan kematiannya akan ekstradisi ke negara asal selepas ditahan di sebuah hospital di Glasgow, Scotland.

Nicholas Rossi, 34, menjadi orang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) berdepan dengan tuduhan rogol di Utah, AS.

Dia dimasukkan ke Hospital Universiti Queen Elizabeth, pada Disember lalu kerana Covid-19 dengan menggunakan nama Arthur Knight.

Pihak Polis Scotland memaklumkan lelaki berkenaan kini ditahan mengikut waran penahanan antarabangsa.

Pihak berkuasa di AS juga mengesahkan Rossi yang juga dikenali sebagai Nicholas Alahverdian berasal dari Rhode Island dan menyertai politik tempatan negara asalnya.

Dia juga dikatakan menjadi pengkritik kepada sistem kebajikan kanak-kanak di AS.

Rossi berkata kepada media AS pada Disember 2019, dia mengidap penyakit limfoma tahap akhir dan hanya mempunyai seminggu tempoh untuk hidup.

Dia kemudiannya dilaporkan meninggal dunia pada Februari 2020.

Siaran memorial juga disiarkan secara dalam talian mengesahkan kematiannya sebagai individu yang berjuang untuk hak kanak-kanak selama dua dekad.

Abu mayatnya pula dilaporkan sudah ditabur di laut.

Dalam pada itu, Rossi ketika dikesan, baru-baru ini, dipercayai menerima rawatan di unit rawatan rapi di hospital di Glasgow.

Ketika itu, dia menerima rawatan dengan menggunakan alat bantuan pernafasan.

Kakitangan perubatan juga tidak menyedari bahawa nama lelaki terbabit tersenarai dalam senarai merah Interpol.

Rossi ditahan di hospital berkenaan oleh pasukan Polis Scotland, pada 13 Disember lalu.

Lelaki itu kemudian muncul dalam sidang video dari hospital berkenaan sebagai sebahagian proses ekstradisi ke AS.

Pejabat peguam Utah mengesahkan lelaki berkenaan dikenali sebagai Nicholas Rossi dan polis menjejakinya atas kesalahan rogol.

Ketika ditahan di Glasgow, lelaki itu dalam usaha untuk melarikan diri daripada pihak berkuasa di beberapa negeri di AS.

Penyiasatan pelbagai agensi berkuasa mendapati lelaki itu menggunakan pelbagai nama, antaranya, Nicholas Alahverdian, Nicholas Alahverdian Rossi, Nicholas Edward Rossi, Nicholas Alahverdian-Rossi, Nick Alan, Nicholas Brown, Arthur Brown dan Arthur Knight.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.056400 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list