CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

Juruterbang wanita termuda keliling dunia

[Copy link]
Post time 18-1-2022 11:18 AM | Show all posts |Read mode

FOTO fail menunjukkan Zara Rutherford ketika memulakan misi solo mengelilingi dunia. FOTO AFP

Brussels: Juruterbang remaja Zara Rutherford bakal menjadi juruterbang wanita termuda terbang secara solo mengelilingi dunia sebaik mendarat kembali di Belgium, pada Isnin.

Remaja berusia 19 tahun itu memulakan penerbangan epiknya lima bulan lalu di Bandar Belgian, Kortrijk.

Zara, juruterbang remaja yang memecahkan dua Guinness World Records iaitu menjadi juruterbang termuda terbang secara solo, dan wanita pertama mengelilingi dunia dengan pesawat ringan.

Rekod semasa kini dipegang Shaesta Waez yang melengkapkan penerbangannya pada 2017, pada usia 30 tahun.

Zara, remaja berdarah kacukan itu lahir daripada keluarga juruterbang memulakan aktiviti penerbangan pada usia 14 tahun, sebelum mendapat lesen penerbangan dua tahun lalu.

Difahamkan, Zara menghabiskan 130 jam terbang solo sebagai persediaan untuk memecah rekod dunia itu.

Zara baru selesai melengkap pengajian A-Level dalam bidang matematik, matematik tambahan, ekonomi dan fizik, berharap dapat melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer.

Dia juga berharap rekod yang cuba dipecahkan ini memberi inspirasi kepada lebih ramai remaja perempuan untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains teknologi, Bahasa Inggeris dan matematik.

Zara memulakan penerbangannya sejauh 51,499 kilometer pada 18 Ogos dari Belgium menuju ke arah barat.

Dia sudah terbang di lima benua dengan melawat lebih 50 negara termasuk Amerika Syarikat, Greenland, Colombia dan Korea Selatan.

Cabaran paling besar ketika pesawatnya merentasi utara Rusia, katanya kepada Reuters.

Dalam usaha mengelilingi dunia itu, dia berhenti di 70 lokasi dan mengambil jumlah waktu berehat selama 19 hari.

Mengikut rancangan awal, dia boleh melengkapkan misi pada November tahun lalu namun terkandas akibat Covid-19, masalah visa dan cuaca buruk.

Dia kemudian merancang untuk melengkapkan misi pada Hari Natal yang lalu namun perlu dikuarantin di sebuah hospital di Singapura selain tayar pesawatnya yang pancit.

Gadis itu juga menyambut tahun baru di sebuah hotel di Mumbai, India selepas tidak boleh meneruskan penerbangan kerana angin kencang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.056737 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list