CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 432|Reply: 0

Kematian pertama di Tonga akibat tsunami

[Copy link]
Post time 18-1-2022 12:00 PM | Show all posts |Read mode

Imej memaparkan letusan gunung berapi di dasar laut perairan Tonga. - Foto Agensi

SYDNEY: Kes kematian pertama disahkan akibat letusan gunung berapi dasar laut berhampiran kepulauan Pasifik Tonga sehingga mencetuskan tsunami yang membadai pesisir pantai Pasifik dari Jepun ke Amerika Syarikat sejak Sabtu lalu.

Gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha'apai meletus sehingga menyelubungi Tonga mencetuskan tsunami di seluruh Pasifik dan melepaskan gelombang besar ombak.

Kematian membabitkan seorang wanita warga Britain yang dihanyutkan ombak tsunami setinggi 1.2 meter yang membadai kawasan darat bandar ibu negara Tonga, Nukualofa, lapor AFP.

Mangsa, Angela Glover, 50, tinggal di Nukualofa bersama suaminya, James dan abangnya, Nick Eleini, lapor media Britain.

Pihak berkuasa memberitahu, dua wanita turut lemas sejak bencana berlaku Sabtu lalu di utara Peru akibat ombak besar selepas letusan gunung berapi.

Talian telefon dan kabel internet bawah laut masih terputus dan ia dijangka tidak dibaikpulih selama berminggu-minggu dengan jumlah sebenar letusan itu masih belum diketahui.

Ketika bencana alam itu berlaku, penduduk memberitahu mereka terpaksa berlari ke kawasan tanah tinggi dan meninggalkan kediaman yang musnah ketika batuan kecil serta abu jatuh dari langit. - Agen

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059954 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list