CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 415|Reply: 0

Cinta lockdown

[Copy link]
Post time 19-1-2022 03:44 PM | Show all posts |Read mode

ZHAO Xiaoqing (kanan) dan Zhao Fei. FOTO Agensi

Beijing: Pasangan di China yang 'terkandas' dalam janji temu berpanjangan akibat sekatan pergerakan (lockdown), mengikat tali pertunangan.

Zhao Xiaoqing, 28, dari wilayah Shaanxi di utara China, menganggap janji temunya dengan seorang lelaki muda yang tinggal di bandar lain pada pertengahan Disember lalu, akan menjadi urusan sehari selepas diatur keluarganya.

Namun, siapa sangka ketika menghadiri janji temu di rumah lelaki itu, dia terkandas beberapa hari selepas wilayah tempat lelaki itu tinggal dikenakan sekatan pergerakan kerana penularan virus Covid-19.

"Saya tak pernah terfikir untuk bermalam, kerana ia agak janggal.

"Disebabkan itu, ibu bapa lelaki berkenaan menggesa kami bertunang selepas seminggu tinggal sebumbung, namun saya rasa macam terlalu cepat," katanya kepada media tempatan, Jimu News.

Akui wanita itu, dia tidak begitu tertarik ketika kali pertama melihat gambar lelaki itu, Zhao Fei, namun fikirannya berubah selepas melihat pasangannya itu di depan mata.

Katanya, permulaan yang janggal akhirnya perlahan-lahan menerbitkan cinta antara mereka sebelum memutuskan untuk bertunang.

"Jiwa kami serasi, kami bergaul sangat baik dan ibu bapa kami juga gembira," katanya.

Kisah pasangan itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen dengan antaranya memberi amaran tentang keputusan terburu-buru itu.

Kisah Zhao tular di media sosial beberapa hari selepas pasangan lain terkandas dalam janji temu panjang selama seminggu disebabkan sekatan pergerakan Covid-19.

Namun, pengakhiran kisah wanita dinamakan Wang dari wilayah Henan itu tidak seindah Zhao dan pasangannya berikutan kurang serasi dengan lelaki berkenaan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:37 PM GMT+8 , Processed in 0.055563 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list