CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 399|Reply: 0

Gurun Sahara diliputi salji, jaluran ais

[Copy link]
Post time 19-1-2022 04:49 PM | Show all posts |Read mode



ALGIERS - Tompokan salji terdapat di beberapa tempat di bahagian barat Gurun Sahara di barat laut Algeria, pada Selasa lalu.

Lokasi itu yang terletak di luar bandar Ain Sefra iaitu salah satu tempat paling kering di dunia dikejutkan dengan kehadiran salji dan hablur-hablur ais.

Menurut Live Science, seorang jurugambar tempatan, Karim Bouchetata telah merakamkan cuaca luar biasa itu.

Ain Sefra terletak kira-kira 1,000 meter di atas paras laut dan berhampiran sempadan Algeria-Maghribi.

Walaupun suhu musim panas di rantau itu kerap melonjak melebihi 38 darjah Celsius, purata suhu dalam bulan Januari ialah 14 darjah Celsius, menurut Sky News.

Tompokan salji itu adalah kali kelima dalam tempoh 42 tahun dengan kejadian sebelumnya berlaku pada tahun 1979, 2016, 2018 dan 2021. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... i-salji-jaluran-ais
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.054216 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list