CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1225|Reply: 10

[Tempatan] Long Tiger dipenjara 12 bulan

  [Copy link]
Post time 20-1-2022 06:19 PM | Show all posts |Read mode
Long Tiger dipenjara 12 bulan


ABD Hamim dikawal ketat oleh anggota polis tiba diperkarangan Mahkamah Mejistret Tangkak hari ini. FOTO Ahmad Ismail.

Tangkak: Lelaki Rohingya, Long Tiger atau nama sebenar Abd Hamim Ab Hamid yang meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Disember lalu, dijatuhi hukuman penjara 12 bulan di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh berusia, 33, mengaku salah atas pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Zaridah turut memerintahkan tertuduh untuk menjalani hukuman berkenaan daripada tarikh dia ditangkap iaitu pada 28 Disember 2021 di Penjara Kluang.

Mengikut pertuduhan, Abdul Hamim didakwa dengan sengaja melarikan diri daripada jagaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang mana tertuduh telah ditahan secara sah di sisi undang-undang atas kesalahan di bawah Seksyen 388 Kanun Keseksaan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan berkenaan di Mahkamah Majistret Tangkak di sini, pada 15 Disember 2021 pada 11.55 pagi.

Untuk kesalahan berkenaan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mengikut fakta kes, tertuduh didakwa melarikan diri daripada lokap mahkamah dengan menggunakan alasan untuk membuang air besar dan meminta anggota polis yang ditugaskan untuk membuka gari.

Tertuduh kemudiannya mengambil kesempatan untuk melarikan diri ketika melihat pintu sel tidak berkunci dan bertindak melarikan diri keluar dengan menghala ke pintu utama mahkamah.

Ketika melarikan diri, tertuduh juga telah dikejar beberapa anggota polis, namun berjaya lolos dengan bersembunyi di kawasan semak-samun berhampiran mahkamah sebelum berjaya melarikan diri ke Sungai Petani, Kedah.

Pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyum Rahman.

Sementara, tertuduh diwakili peguam, Datin Freda Josephine Gonzales dan Muhammad Hariz Md Yusoff.

Terdahulu, Majistret Zaridah menetapkan tarikh 14 dan 16 Februari depan bicara bagi empat kes iaitu Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan, 342 Kanun Keseksaan kerana melakukan kurungan yang salah dan 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan bunuh di Mahkamah Tangkak.

Tertuduh juga masih berdepan satu lagi pertuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol di Mahkamah Muar.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -dipenjara-12-bulan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-1-2022 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Lps kuar penjara nak htr mana pulak?
Mael tak nak talipon long ke? Mana tau kot nk bg offer bagus ke
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus loyar heols eh. Sangkut 12 bulan ja. Ape la sangat 12 bulan dok penjara.
Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2022 09:08 PM | Show all posts
Cukup ke 12 bulan tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:06 AM | Show all posts
12 bulan dah settle berlayar

ada lg 4 caj nak hadap

elok la mereput dalam tu dari duk luar molot tak reti nak diam

cabar sana sini jadi tong kosong
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 08:29 AM | Show all posts

12 Bulan

Tanggong makan dia..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2022 01:17 PM | Show all posts
hantar la balik Rohingya
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 01:21 PM | Show all posts
12 bulan kejap je dah selesai bukan lama mana
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2022 02:18 PM | Show all posts
baru satu pertuduhan... ader lagi 4 nyahhh oiiiiiiii....awwwww
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:01 PM | Show all posts
seburuk2 long tiger si pemuda umngok tu setakat cabar mencabar dlm tiktok je. tapi presiden heol, rentap terus kolar warga emas.


Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2022 03:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Jauh ko pegi buang air besar sampai ke kedah ye hanatttt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.097281 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list