CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6427|Reply: 54

[Tempatan] Breaking:Selagi 2 jahanam bangsat ni ada dalam BAM, rosak pemain..” Geram dgn Keadaan Skrg, Roslin Hashim Bongkar Rahsia BAM

  [Copy link]
Post time 21-1-2022 03:34 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 21-1-2022 03:43 PM




[
Kuala Lumpur: Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim berasakan ada kepincangan dalam pengurusan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dilihat menjadi penyebab kepada pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia mengambil keputusan meninggalkan badan induk itu.

Bagi Roslin, dia tidak menganggap tawaran RM4 juta kepada Zii Jia sebagai penyebab utama namun berdasarkan pengalamannya yang pernah bersama BAM sebelum ini, dia tahu sesuatu perlu dilakukan demi masa depan sukan badminton negara.

Tegas Roslin, pasti ramai yang tertanya-tanya mengapa Zii Jia mengambil keputusan untuk keluar daripada BAM ketika dia masih belum sampai ke kemuncak prestasi.

“Persoalan sekarang kenapa Zii Jia keluar dari badan induk yang besar. Yang ada segala-galanya.

“Kena ada proses bedah siasat. Kena tahu punca kenapa Zii Jia buat keputusan itu. Masalah sekarang saya rasa adalah pengurusan.

“Bukan pasal pemain atau jurulatih. Benda ini perlu disiasat terutama oleh Pesuruhjaya Sukan,” katanya.

Roslin juga mempersoalkan mengapa bekas ketua jurulatih wanita negara, Chan Chong Meng meletakkan jawatan selepas hanya 18 bulan bersama BAM.

“Chong Meng masuk ke dalam BAM sebagai ketua jurulatih beregu wanita. Fikirlah tak sampai dua tahun dia letak jawatan.

“Dalam pada waktu itu Chong Meng berjaya membentuk beregu wanita negara. Sekarang ini Zii Jia pula. Jadi saya rasa memang perlu siasat perkara ini,” katanya.

Sementara itu bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim turut menyarankan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) meneliti sama ada wujud kemelut dalaman dalam BAM sehingga mendorong Zii Jia bertindak meninggalkan BAM.

Jika tiada tindakan segera dilakukan, BAM dikhuatiri akan kehilangan lebih ramai pemainnya.

Zii Jia yang juga juara Seluruh England 2021 ketika ini menghuni ranking ketujuh dunia menghantar surat peletakan jawatan kepada BAM pada 11 Januari lalu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 03:37 PM | Show all posts
Tajuk tak ada dalam isi?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sape dua ekor tu?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:38 PM | Show all posts
lcw xnk jd coach ke

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Apooo... Sape 2 ekor tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:47 PM | Show all posts

Sekarang ni nampak DLCW sedang digroom dlm pengurusan sukan oleh KBS & BAM.


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2022 03:50 PM | Show all posts
Tak semua buruk tentang BAM. Mesti melibatkan 2 belah pihak.

Berganti pengurusan, coach & sponsor tapi DLCW tetap setia dgn BAM & banyak mencipta kejayaan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 03:51 PM | Show all posts
Akhirnya ada yang berani bersuara mengenai masaalah sebenar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 04:12 PM | Show all posts
RVP20 replied at 21-1-2022 03:47 PM
Sekarang ni nampak DLCW sedang digroom dlm pengurusan sukan oleh KBS & BAM.

elok lh tu
asl kn x join politik
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:16 PM | Show all posts
aku rasa bukan sahaja KBS patut siasat BAM, SPRM pun patut siasat BAM...almaklum kalau bagi melayu memerintah, elemen rasuah, kroni, sedara mara kuat...mcm kaum keling juga
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nusa mahsuri masih ada?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:20 PM | Show all posts
Kalau tak berada dlm BAM, tak boleh wakil Msia yea?
Kenapa di Indonesia, banyak persatuan2 badminton dan pemain2 negara mereka datang dari pelbagai persatuan badminton ni, tak semestinya kena berada di dlam persatuan bulutangkis Indonesia?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 21-1-2022 05:37 PM

Sori ot. Tak sangka misbun so jambu masa bbnu dulu



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:26 PM | Show all posts
DLCW toksah lah masuk BAM atas kapasiti apa pun.. maybe kalu sebagai duta / ikon je ok la.  Takut nanti terpalit dengan macam2 jenis politik merepek boleh jejaskan nama beliau..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Selagi faizal azumu jadi menteri kbs makin melingkuplah sukan Msia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila suma element nk d politikkan. Padan muka. LZJ dh boleh p main ngn negera lain. Esk lusa xyah nk claim2 ngn sembang dia xpatriotik bagai. Tandus industri sukan kita ni. Hujung2 nnt mampu main guli main congkak main tudung oren je laa..bam & fam = melingkuppp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2022 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Apasal isi tak menjawab tajuk? Penat baca
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa masalahnya... ce citer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:13 PM | Show all posts
Ada semalam dalam tik tok Roslin sebut dua ekor hamlau tu aku lupa.. dua2 jinjang... marah betul so Roslin siap maki... ala2 DIVA AA Ko sekolah tak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
ally9970 replied at 21-1-2022 04:20 PM
Kalau tak berada dlm BAM, tak boleh wakil Msia yea?
Kenapa di Indonesia, banyak persatuan2 badminton ...

Mungkin BAM dah banyak berhabis untuk groom dia. Mcm dpt biasiswa kerajaan ko kena keja dgn gomen walau gaji sikit atau bayar balik nilai biasiswa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.147980 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list