CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 405|Reply: 0

Salji tebal, lapangan terbang ditutup

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:31 AM | Show all posts |Read mode

KENDERAAN terkandas di jalan raya akibat salji tebal di Istanbul. FOTO AFP

Istanbul: Kemudahan penerbangan tersibuk Eropah, Lapangan Terbang Istanbul ditutup semalam, berikutan salah satu bumbung terminal kargo runtuh akibat salji tebal.

Tiada kecederaan dilaporkan, namun penerbangan dari Timur Tengah dan Afrika ke Eropah dan Asia digantung sementara.

Pegawai pelancongan berkata, kejadian itu menjadikan penutupan pertama, sejak ia menggantikan lapangan terbang lama sebagai hab baharu untuk Turkish Airlines pada 2019.

"Disebabkan keadaan buruk ini, semua penerbangan dihentikan sementara demi keselamatan," kata jurucakap lapangan terbang itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Twitter.

Hujan ais yang melanda bandar terbesar di Turki itu menyebabkan banyak kereta terbabas menuruni jalan curam hingga menjadikan lebuh raya, tempat letak kenderaan,.

Pejabat gabenor Istanbul memberi amaran kepada orang ramai bahawa mereka tidak akan dapat memasuki bandar itu dari Thrace, wilayah Eropah-Turki ke sempadan baratnya dengan Bulgaria dan Greece.

Pusat beli-belah ditutup awal, perkhidmatan penghantaran makanan ditutup dan gerai 'simit' yang menjadi ikonik di bandar itu kosong kerana pembekal tidak dapat melalui ribut salji.

Ribut itu menyekat jalan raya merentasi tengah dan tenggara Turki sebelum menyeberang ke negara jiran Syria, yang berdepan lebih banyak kesengsaraan di kem pelarian bahagian utara yang dilanda perang itu.

Kebanyakan institusi utama di Turki masih beroperasi, namun di Greece keadaan cuaca buruk itu menyebabkan parlimen ditangguh manakala sekolah dan pusat vaksinasi di sekitar Athens ditutup.

Ribut salji luar biasa melanda timur Mediterranean itu turut menyebabkan elektrik terputus dan gangguan lalu lintas.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 02:31 AM GMT+8 , Processed in 0.050177 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list