CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 353|Reply: 0

Bapa saman Jabatan Perkhidmatan Gelandangan RM20.92j

[Copy link]
Post time 25-1-2022 11:32 AM | Show all posts |Read mode

LYRIC bersama bapanya. FOTO Agensi

New York: Lyric Laboy berusia 15 bulan ketika dia ditemui berlumuran najis dan trauma kerana terperangkap selama lima hari bersama mayat ibunya.

Kanak-kanak perempuan itu berada di bawah katil tidak jauh daripada ibunya, Shelbi Westlake, 26, yang meninggal dunia disebabkan pengambilan dadah berlebihan di sebuah bilik di Pusat Keluarga East River, Manhattaan, New York.

Mahkamah dimaklumkan Lyric menderita dehidrasi teruk dan memerlukan rawatan segera sebaik diselamatkan.

Dia juga mengalami ruam lampin 'mengerikan' yang masih belum sembuh iaitu enam bulan selepas kejadian pada Julai 2021 itu.

Shelbi yang berpisah dengan suaminya, Quraan Laboy, 31, berpindah ke unit apartmen pusat perlindungan berkenaan tiga bulan sebelum kematiannya, menurut dokumen difailkan di Mahkamah Agung Manhattan.

Quraan mengemukakan saman AS$5 juta (RM20.92 juta) ke atas Jabatan Perkhidmatan Gelandangan atas musibah yang berlaku.

"Saya tidak tahu berapa lama dia (Lyric) akan menderita. Dia menghadapi kebimbangan untuk berpisah," kata Quraan.

Sementara itu, Jabatan Perkhidmatan Gelandangan menafikan bayi itu ditinggalkan sendirian selama lima hari, namun tidak menyertakan maklumat lanjut tempoh masa Lyric ditinggalkan.

Agensi itu memberitahu New York Pos bahawa kes berkenaan dalam siasatan dan menyumbang kepada penambahbaikan cara kerja mereka.

Pusat perlindungan itu menawarkan pemeriksaan kesihatan pada sebelah pagi bagi penghuni yang gagal menandatangani kemasukan petang.

Lyric kini dilaporkan semakin baik dan berat badannya bertambah, namun dikatakan kerap menangis pada malam hari kerana mencari ibunya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:12 AM GMT+8 , Processed in 0.597254 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list