CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

Ribut salji jejas 2.8 juta penduduk Syria

[Copy link]
Post time 25-1-2022 12:29 PM | Show all posts |Read mode

Salji tebal melitupi khemah penduduk Syria. FOTO AFP

NEW YORK: Hampir tiga juta penduduk Syria yang kehilangan tempat tinggal berdepan ancaman musim sejuk yang teruk akibat ribut salji melanda wilayah itu.

Susulan itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) menggesa masyarakat antarabangsa membantu penduduk Syria untuk mendapatkan tempat berlindung daripada ancaman cuaca melampau itu.

"Tiada sesiapa harus hidup dalam keadaan ini dan ia sama sekali tidak boleh diterima. Kami amat prihatin nasib 2.8 juta orang yang tiada tempat tinggal di rantau ini.

"Ia adalah zon bencana yang sebenar," kata Timbalan Penyelaras Kemanusiaan serantau PBB untuk krisis Syria, Mark Cutts.

Ribut salji terbaru menyebabkan khemah di kem pelarian utara Syria yang dilanda perang, kebanyakannya runtuh akibat timbunan salji manakala kawasan lain mengalami hujan lebat atau suhu beku.

Tahun lalu, PBB memohon lebih AS$4bilion untuk bantuan kemanusiaan di Syria tetapi hanya mengumpul 45 peratus daripada jumlah itu.

Disebabkan kekurangan peralatan, operasi pembersihan salji dijalankan dengan tangan sambil meminta khemah digantikan dengan tempat perlindungan yang lebih kukuh.

Wilayah Idlib, tempat tinggal 2.8 juta orang yang kehilangan tempat tinggal, adalah wilayah terakhir Syria menentang rejim di Damsyik.

Bantuan kemanusiaan sampai kepada mereka terutamanya melalui sempadan Turki-Syria menerusi kebenaran khas PBB. - AFP

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.061753 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list