CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 438|Reply: 0

Tak cukup 12 anak

[Copy link]
Post time 26-1-2022 03:09 PM | Show all posts |Read mode

MERRITT bersama anak sulungnya, bakal melahirkan anak masing-masing April dan Jun ini. FOTO Mattwittmeyer.com

New York: Bintang TikTok kontroversi, Veronica Merritt, 36, yang terkenal kerana mempunyai 11 anak dan bakal melahirkan bayi ke-12, pada April ini, mengimpikan mahu menambah lima zuriat lagi.

Dalam masa sama, wanita itu berkongsi kegembiraan kerana bakal menyambut cucu pertama apabila anak sulungnya, Victoria bakal melahirkan bayinya pada Jun ini.

Ia dua bulan selepas Merritt dijangka melahirkan anaknya yang ke-12.

Pemilik akaun @ThisMadMama itu sering menjadi mangsa kritikan kerana menerima bantuan kebajikan, tidak bekerja dan mendidik anak-anaknya sendiri di rumah menggunakan pendekatan santai dengan bantuan YouTube.

Merritt mula memiliki anak pada usia 14 tahun dan kini, semua anaknya berusia antara dua hingga 21 tahun.

Katanya, dia menyedari ramai tidak senang dengan berita berkenaan namun dia tidak mempedulikannya kerana tumpuannya adalah untuk membesarkan anak-anaknya.

"Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak kerana memerlukan belanja besar, jadi saya tidak mampu menyekolahkan mereka, apatah lagi salah seorang daripada mereka pernah dibuli di sekolah.

"Untuk makanan saja, (secara) purata saya perlu belanja AS$2,500 (RM10,470) sebulan, serta lebih AS$4,000 (RM16,752) setahun untuk membeli pakaian dari laman web dan kedai murah.

"Saya juga mendapatkan bas sekolah terpakai berharga AS$3,000 (RM12,564) untuk mengangkut semua anak-anak ke mana-mana di sekitar kawasan berdekatan (rumah)," katanya kepada The New York Post.

Merritt berkata, kedua-dua bapa kepada anak-anaknya tidak membayar nafkah dan hanya seorang daripadanya yang menanggung bil utiliti keluarga.

"Saya bergantung kepada pendapatan antara AS$100 (RM418.80) dan AS$200 (RM837.60) sebulan daripada TikTok namun ia berdasarkan jumlah tontonan yang diraih.

"Saya juga mencari pendapatan sampingan sebagai pelukis bebas untuk melukis semula imej gambar yang dihantar pelanggan dengan harga AS$150 (RM628.20) untuk satu gambar," katanya.

Walaupun begitu, dia percaya kepada takdir, malah mengimpikan mahu menambah lima anak lagi pada masa akan datang.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.102178 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list