|
LELAKI terbabit ditahan ketika memandu kereta ini. FOTO Agensi
London: Seorang lelaki yang ditahan polis mendedahkan dia sudah memandu tanpa lesen atau insurans, selama lebih 70 tahun.
BBC melaporkan, ketika melakukan rondaan, polis menahan lelaki itu berhampiran Tesco Extra, di Bulwell, Nottingham, Rabu lalu.
Pegawai polis berkata, pemandu itu dilahirkan pada 1938 memberitahu mereka, dia memandu tanpa lesen atau insurans sejak dia berumur 12 tahun dan tidak pernah ditahan polis.
Di Facebook, pasukan Polis Bulwell, Rise Park dan Highbury Vale berkata, lelaki itu sepatutnya bersyukur dia tidak pernah mengalami kemalangan.
"Syukurlah dia tidak pernah mengalami kemalangan, menyebabkan sesiapa cedera, dan tidak pernah membuat sesiapa kehilangan wang dengan melanggar mereka tanpa diinsuranskan!
"Disebabkan peningkatan bilangan kamera (pengawasan) ANPR di Nottingham, walaupun dalam perjalanan dekat, anda mungkin akan (dirakam) kamera, jadi pastikan anda mempunyai semua dokumen... kerana ia akan 'mengejar' anda... suatu hari nanti," katanya.
|
|