|
IMEJ roket Tintin dalam pasport baru Belgium. - AFP
Brussels: Jika negara lain menggunakan warna seragam dan lambang tertentu sebagai simbolik, lain pula dengan Belgium yang mengeluarkan pasport istimewa dengan imej comel karakter dalam komik Tintin dan Smurf.
Pemegang pasport Belgium kini akan dapat melihat wajah baharu dokumen perjalanan mereka diceriakan dengan beberapa watak paling digemari di negara itu, termasuk Lucky Luke di samping Smurf.
Menteri Luar Belgium Sophie Wilmes dalam satu kenyataan media memaklumkan, pasport baharu itu lebih terjamin dengan teknik keselamatan.
Beliau berkata, ia akan dikenali kerana reka bentuk yang menampilkan karakter kartun komik tempatan.
Wilmes juga menyifatkan pasport Belgium sebagai salah satu yang terbaik di dunia dan menyifatkannya sebagai kebanggaan negara.
"Pengenalan pasport baharu ini juga peluang untuk kami menonjolkan seni kesembilan iaitu siri komik, yang menjadi elemen utama budaya dan pengaruh kami di luar negara," katanya.
|
|