CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 404|Reply: 0

[Pahang] Jaip sedia lupus 30 tan al-Quran tenggelam banjir

[Copy link]
Post time 10-2-2022 03:34 PM | Show all posts |Read mode

PROSES memilih bongkah al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran sudah diproses untuk dilupuskan di laut. FOTO Mohd Rafi Mamat

Pekan: Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) akan melupuskan lebih 30 tan tan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al Quran yang rosak akibat banjir akhir tahun lalu.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, aktiviti pelupusan dilakukan menggunakan insinerator atau tempat pembakaran khas yang sumber api daripada gas milik Jaip dan syarikat swasta.

Menurutnya, pusat pelupusan atau pembakaran kendalian Jaip terletak dalam kawasan Pejabat Agama Islam Daerah Pekan, di sini dan mampu melupuskan kira-kira 100 kilogram (kg) bahan bacaan berkenaan yang kering hampir 100 peratus.

Katanya, proses membakar dilakukan setiap hari yang mengambil masa kira-kira 24 jam dan abu al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran akan digaul dengan air sebelum ditempatkan dalam bekas untuk dikeringkan di bawah cahaya matahari selama seminggu.

"Ketulan atau bongkah seberat lima kg setiap satu akan simpan dalam beg plastik sebelum proses melupuskan di laut dilakukan dengan bantuan agensi kerajaan lain.

"Kita mengambil masa yang agak panjang untuk melupuskan al-Quran dan bahan bercetak mengandungi ayat al-Quran kerana jumlahnya kini mencapai 30 tan," katanya selepas memantau proses pelupusan menggunakan insinerator, di sini semala

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.053211 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list