CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 358|Reply: 0

[Sarawak] OKU dilatih untuk mampu jadi pekerja dalam pelbagai bidang

[Copy link]
Post time 14-2-2022 02:04 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sarawak perlu mewujudkan sebuah pusat latihan khas bagi melatih golongan orang kelainan upaya (OKU) sebagai pekerja dalam pelbagai bidang.

Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Mohammad Razi Sitam mencadangkannya kerana golongan OKU bekerja akan menerima elaun pekerja sebagai kelainan upaya.

Elaun sebanyak RM450 sebulan diberikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Kita latih mereka (di pusat latihan) dan majikan boleh mengambil mereka bekerja dengan memberi gaji yang baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Dato Sri Fatimah Abdullah merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaan OKU anjuran Special Olimpics Kuching Chapter, di sini.

Mohammad Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, selain sebagai pekerja,  OKU yang menjadi atlet paralimpik negeri ini juga ada diberikan elaun.

Namun beliau difahamkan OKU yang menjadi atlet bagi Special Olympics Sarawak belum ada menerima elaun yang sama.

“Saya berharap pengarah kita dan Setiausaha Tetap boleh menjelaskan kepada menteri kita cadangan hasil bengkel ini,” katanya.

Caption: Mohammad Razi Sitam menyampaikan sijil kepada peserta bengkel di Majlis Penutupan Bengkel Pemerkasaan OKU, di Kuching.


sarawakvoice.com/2022/02/14
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 04:30 PM GMT+8 , Processed in 0.256266 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list