CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3845|Reply: 84

[Tempatan] Edisi Tered Social Responsibility Atira: Menghadapi antivaksin untuk melawan Omicron

[Copy link]
Post time 15-2-2022 01:56 PM | Show all posts |Read mode
https://www.malaysianow.com/waca ... uk-melawan-omicron/

Dunia, termasuk Malaysia sedang melawan varian Omicron virus Covid-19 di dua barisan depan.

Pertama, virus itu sendiri. Kedua, golongan yang dipanggil sebagai antivaksin.

Banyak lagi perkara mengenai Omicron yang tidak diketahui tetapi gelombang baru varian ini sedang melanda Unted Kingdom, Perancis dan negara-negara lain.
Bagi Malaysia, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, gelombang Omicron ini adalah “imminent”, iaitu sesuatu yang dijangka pasti berlaku.
Maka, apa yang boleh dilakukan ialah berusaha melambatkan kedatangan gelombang itu, sementara menanti hasil penyelidikan mengenai varian itu, serta cara mengatasinya.
Antara langkah segera yang dilakukan oleh kementerian kesihatan ialah mempercepatkan suntikan penggalak bagi vaksin Pfizer dan AstraZeneca dari enam kapada tiga bulan.

Suntikan penggalak ini bukanlah menjamin kekebalan tetapi ia mengurangkan impak jangkitan dan selanjutnya melengahkan sebarang gelombang Omicron.
Ramai orang yang sudah lengkap dua dos vaksin enggan mengambil suntikan penggalak atas pelbagai sebab.
Tetapi cabaran besar yang dihadapi oleh kerajaan dan pihak berkuasa kesihatan di seluruh dunia adalah penentangan dari golongan antivaksin.
Lebih-lebih lagi apabila ditemui bahawa ada jemaah umrah yang tidak lengkap vaksin pulang membawa Omicron.

Apabila disiasat maka didapati ia berkaitan pula dengan mereka yang antivaksin.
Maknanya perbuatan golongan antivaksin akan menjejaskan usaha pihak berkuasa untuk membendung Covid-19.

Golongan antivaksin ini adalah suatu fenomena dunia.

Ia merujuk pada pelbagai jenis kumpulan yang menentang prosedur operasi standard (SOP) bagi mengawal Covid-19 hinggakan kepada mereka yang mempercayai teori konspirasi dan pendukung kebebasan.
Huraian terperinci diperlukan untuk membezakan kumpulan-kumpulan yang keseluruhannya dipanggil sebagai antivaksin.
Ini kerana antivaksin boleh menjadi label yang mengelirukan.

Lagipun setiap kumpulan ini mencerminkan persekitaran politik, sosial dan budaya masing-masing yang berbeza.
Dalam minggu lalu, ketika kerajaan Belanda bersiap sedia hendak menghadapi Omicron, beribu orang mengadakan demonstrasi dan rusuhan untuk membantah SOP bagi membendung Covid-19 khususnya mengenai larangan mereka yang tidak bervaksin lengkap mengunjungi kedai makan dan minum.
Mereka ini bukanlah antivaksin secara khusus, tetapi ada antaranya hanya menentang SOP dan diskriminasi terhadap golongan yang tidak bervaksin.
Asas kepada bantahan mereka ini adalah hak dan kebebasan untuk pergi ke mana-mana.

Mereka tidak mahu virus Covid-19 dan SOP menjadi penghalang.
Golongan ini menolak hujah kerajaan bahawa perkhidmatan kesihatan adalah terhad untuk menampung pesakit Covid-19 apabila berlaku gelombang wabak.
Walaupun mereka adalah pendokong kebebasan, tetapi dalam hal melawan Covid-19, mereka juga dilabel sebagai antivaksin.


Di Malaysia, golongan antivaksin bernada agama.

Sebahagiannya merupakan pendukung “teori konspirasi”.
Mereka ini percaya bahawa Covid-19 dan vaksin ini adalah ciptaan suatu konspirasi Yahudi untuk menguasai dunia terutama umat Islam.

Ia dikaitkan pula dengan apa yang dipanggil illuminati dan Dajal.
Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggap sebagai tali barut konspirasi ini.

Tetapi tidak semua pendukung teori konspirasi ini berpegang kepada kepercayaan itu.
Ada yang percaya Covid-19 dan vaksinnya merupakan konspirasi kapitalis yang mahu mengaut keuntungan berpanjangan.
Vaksin direka bentuk supaya negara-negara terus membelinya bagi membolehkan mereka kaya-raya.

Namun begitu, tidak semua golongan antivaksin ini pendukung teori konspirasi.
Ada kalangan mereka yang menjadi antivaksin lama sebelum muncul Covid-19.
Mereka menolak apa jua bentuk vaksin.

Ada antara mereka pula menolak perubatan moden.
Mereka adalah penyokong perubatan alternatif dan primitif.
Ia juga bermaksud mereka menolak penggunaan ubat-ubatan berasaskan bahan kimia.

Mereka cenderung pada penggunaan ubatan herba.
Ada pula antara mereka adalah pendukung apa yang dipanggil sebagai perubatan Islam atau syifa.
Mereka mengutamakan perubatan yang menggunakan doa dan bacaan-bacaan tertentu.

Jadi, antara mereka inilah muncul golongan antivaksin.
Maknanya, golongan antivaksin ini tidak monolitik.
Mereka muncul dalam pelbagai bentuk.
Kebanyakan pula tidak memahami hujah-hujah antivaksin ini, apatah lagi apa yang melibatkan teori konspirasi.
Kebanyakan mereka hanya terpengaruh dengan penceramah-penceramah agama yang antivaksin.
Sementara ada pula yang terpengaruh dengan berita palsu yang tersebar luas di media sosial, baik berpunca dari dalam atau luar negara.

Satu lagi fenomena adalah berbentuk “anti-establishment”.

Mereka mengkritik usaha vaksinasi kerana kehilangan kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).
Maka segala apa yang dilakukan oleh kerajaan termasuk kementerian kesihatan diragui.
Lebih-lebih lagi menteri kesihatan adalah orang Umno.

Maka curiga mereka adalah terhadap pembelian vaksin dan siapa yang memperoleh keuntungan daripadanya.
Walaupun mungkin mereka tidak menjadi antivaksin tetapi kecaman mereka terhadap kementerian kesihatan menguntungkan pihak antivaksin.
Terdapat pula antara mereka yang takut pada suntikan.
Mereka bimbang terhadap kesan sampingan tetapi enggan mengambil tahu mengenai perkara ini.
Mereka bukanlah sebahagian daripada golongan antivaksin.

Tetapi oleh kerana mereka enggan mengambil vaksin sama ada jahil atau malas, dari segi label, mereka menjadi antivaksin.

Dalam pada itu, bilangan golongan antivaksin ini dipercayai berubah-ubah.
Sememangnya ada golongan antivaksin yang tegar.

Tetapi lebih ramai orang antivakin yang bersifat sementara mengikut keadaan.

Ini kerana kebanyakannya tidak memahami atau memikirkan dengan masak hujah-hujah dari kedua-dua pihak, provaksin atau antivaksin.
Pada awal vaksin Covid-19 diperkenalkan, saya ada berjumpa dengan beberapa orang di kampung yang enggan mengambil vaksin.

Mereka terpengaruh dengan maklumat yang tertular dalam media sosial.
Tetapi apabila jangkitan meningkat hingga berlaku kematian di kampung mereka, maka ia memberi kesan untuk mereka menolak hujah antivaksin.
Penguatkuasaan undang-undang juga mendorong golongan antivaksin untuk turut menerima vaksin, termasuk juga kesan dari peraturan dua dos untuk memasuki premis dan masjid.

Tetapi ada juga yang melanggar peraturan ini kerana tiada penguatkuasaan.
Tetapi setelah dua tahun berlalu dan dunia tidak kembali kepada normal, ada sebahagian orang kembali menjadi antivaksin.
Lebih-lebih lagi apabila dicadangkan supaya orang ramai mengambil suntikan penggalak.

Maka keraguan timbul bahawa kemungkinan cara WHO dan pihak berkuasa menangani Covid-19 ini tidak betul.
Keadaan ini menambahkan bilangan penyokong antivaksin.
Tetapi dos penggalak adalah penting untuk melawan Omicron.

Kerjasama orang ramai adalah perlu bagi mengatasi Covid-19 yang belum adanya tanda-tanda pengakhiran.
Varian-varian baru pula mungkin timbul.

Tidak ada kaedah magik atau jalan pintas bagi melawan virus ini.
Mungkin apa yang dilakukan WHO ada kesilapannya.

Tetapi dunia hari ini bergantung pada sistem dan kaedah saintifik untuk mengatasi wabak ini.
Antivaksin boleh mengkritik dan menimbulkan keraguan tetapi buat masa ini tiada kaedah alternatif kepada sains dan birokrasi perkhidmatan kesihatan global.
Dalam keadaan ini, usaha melawan Omicron dan varian-varian akan datang berlaku di dua barisan depan.

Pertama, penyelidikan, perakuan dan pelaksanaan tindakan oleh pihak berkuasa.
Kedua, usaha penjelasan dan penyebaran maklumat dan kesedaran supaya golongan antivaksin dapat dibendung untuk menghalang mereka daripada menjejaskan usaha melawan wabak ini.

Cabaran kedua ini tidak boleh dipandang ringan.

Jika majoriti rakyat menyokong antivaksin, usaha melawan Covid-19 secara kaedah berasaskan sains boleh gagal.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-2-2022 01:58 PM | Show all posts
menurut KJ. 80% cina boosted. melayu pejuang ummah tak sampai 50%.sarawak cemerlang






Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 01:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku demam dah hari ke 3...dah buat test kit tu...negative...ada batuk..selsema dan panas badan...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:00 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 15-2-2022 01:58 PM
menurut KJ. 80% cina boosted. melayu pejuang ummah tak sampai 50%.sarawak cemerlang



KJ tu mmg dah vaksin ke belum?...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 02:00 PM | Show all posts
Kalau nak ikut, aku ni paling benci UMNO. umno ni elok mampus sahaja dari muka bumi.
tapi rasional la berkenaan hal2 kesihatan. if not kita ni sampai kiamat la dgn covid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 02:03 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-2-2022 01:59 PM
Aku demam dah hari ke 3...dah buat test kit tu...negative...ada batuk..selsema dan panas badan...

maybe perlu PCR test if rasa RTK tak mencukupi.by the way.. tgk2 juga simtom2 demam denggi. kes denggi pon meningkat sekarang di sesetengah tempat
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-2-2022 02:05 PM | Show all posts
menurut KKM, even kalau kene covid stage 1 pon ada kemungkinan long covid.
jadi lindungi diri dan keluarga


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:07 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 15-2-2022 02:00 PM
Kalau nak ikut, aku ni paling benci UMNO. umno ni elok mampus sahaja dari muka bumi.
tapi rasional l ...

Kita sama bab ni....hehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku nk tahu berapa byk dah mati phucok gara2 ambil Ivermectin?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 15-2-2022 02:03 PM
maybe perlu PCR test if rasa RTK tak mencukupi.by the way.. tgk2 juga simtom2 demam denggi. kes de ...

Bos aku pun x bg aku masuk opis...suruh buat PCR test...dah aku bg bukti test kit dua hari berturut2 pun dia was2...yela batuk dan selsema aku masih x hilang walaupun demam dah makin hilang...tapi selera mkn aku tinggi...deria rasa bau semua elok...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:13 PM | Show all posts
Kalau ikut aku, siapa nak mati biarkan!

Tak payah paksa2 sangat. Buat macam omputih.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 02:15 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 15-2-2022 02:13 PM
Kalau ikut aku, siapa nak mati biarkan!

Tak payah paksa2 sangat. Buat macam omputih.

sebab tu agaknye ramai dah malas layan.sekali sekala aku muncul na



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 02:22 PM | Show all posts
buat decision berdasarkan fakta, bukan berdasarkan fitnah manusia tak guna.

ingat dulu 2021, belasan-puluhan ribu case tapi ratusan yang mati setiap hari
bandingkan dgn semalam 20k+ case , mati belasan ke puluhan org. itu pon hampir semua/ semua yang meninggal itu ada komorbiditi/ tidak lengkap vaksin




Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Setakat ni anti vax ramai dah mati sebab covid. Mula-mula tak percaya covid, bila dah nazak baru mintak nak vaksin. Omicron ni dah la cepat berjangkit. Good luck je lah. Ada tu antivax dah kena covid tapi sembuh dia ingat takde apa2 la. So lantakla. Jgn dekat dgn family aku sudah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:29 PM | Show all posts
Di Malaysia, golongan antivaksin bernada agama.
Sebahagiannya merupakan pendukung “teori konspirasi”.
Mereka ini percaya bahawa Covid-19 dan vaksin ini adalah ciptaan suatu konspirasi Yahudi untuk menguasai dunia terutama umat Islam.

Ia dikaitkan pula dengan apa yang dipanggil illuminati dan Dajal.
Malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dianggap sebagai tali barut konspirasi ini
Ini yg mind blowing to me.  Sampai hari ni aku tak boleh hadam.  Dah la kau dok pong pang pong pang berhujah dgn hadis la bagai kenapa tak boleh ambil vaccine ni, mufti pun kau langgar, tapi boleh pulak kau percaya all this theories yg tak masuk akal dan dicipta oleh westerners yg mostly non-Believers.   Yang bestnya the theories ni untuk USA sahaja, tapi orang melayu jawa tok tok boleh cakap macam la it is about them. Boleh pula kau quote bible la bagai.  Kau ni apa?  Islam ke one world religion?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 02:30 PM | Show all posts
armin replied at 15-2-2022 02:24 PM
Setakat ni anti vax ramai dah mati sebab covid. Mula-mula tak percaya covid, bila dah nazak baru min ...

tu la kan. mmg yg tak vaksin tanpa sebab munasabah ni sila dok jauh2 dan elok didiskriminasi sbb membahayakan org lain.

cina yang kiasu dan takut mati pon dah lebih 80% boosted.
Yang melayu pakar jihad ni apa dah jadi?
sanggup pula merasuah tipu sijil kekdahnye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
atira replied at 15-2-2022 02:30 PM
tu la kan. mmg yg tak vaksin tanpa sebab munasabah ni sila dok jauh2 dan elok didiskriminasi sbb m ...

Thread ni bakal panjang kalau pengecat bintang and the gang masuk
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:34 PM | Show all posts
noor2 replied at 15-2-2022 02:32 PM
Thread ni bakal panjang kalau pengecat bintang and the gang masuk

Panjang sebab dia suka ulang tayang benda yg sama berjela2 dia repost.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-2-2022 02:34 PM | Show all posts
Samerosie replied at 15-2-2022 02:29 PM
Ini yg mind blowing to me.  Sampai hari ni aku tak boleh hadam.  Dah la kau dok pong pang pong pang ...

berhujah dgn hadis bukan main, tapi elok je merasuah utk tipu sijil supaya boleh pi umrah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2022 02:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada aku bukak je ekonomi sekarang... Bukak sempadan semua... Kalau mai masuk variant segala tu kita tengok je antivaksin tu semua camne nanti... Mati itu pasti... Kannnnnn...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.085418 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list