CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1166|Reply: 0

'Jaja' kisah sedih

[Copy link]
Post time 19-2-2022 10:42 AM | Show all posts |Read mode

BABIS diiringi polis ke Penjara Korydallos. - Agensi.

Athens: Bukan hanya menipu keluarganya, seorang juruterbang Greece turut memperdaya polis dan masyarakat dunia dengan kisah menyayat hati mengenai kematian isterinya, Mei tahun lalu.

Namun penipuan Babis Anagnostopoulos terbongkar apabila siasatan mendapati dia yang sebenarnya membunuh isterinya, Caroline Crouch dan lelaki itu kini ditahan di Penjara Korydallos sementara menanti perbicaraan.

Kematian Caroline, 20, warga Britain, menjadi bualan selepas Babis menangis menceritakan kejadian yang berlaku dalam temu bual di televisyen, mendakwa isterinya dibunuh perompak yang menyamun rumah mereka di sini.

Dakwanya, kejadian berlaku ketika mereka tidur bersama anak perempuan berusia 11 bulan dan turut menambah bahawa dia sempat merayu agar mereka tidak diapa-apakan sebelum dipukul hingga pengsan.

Babis juga mendakwa dia diikat kumpulan penyamun bersenjata itu dan dapat melepaskan diri selepas sedar daripada pengsan serta menghubungi pihak berkuasa.

Polis Greece memulakan siasatan berdasarkan laporan tiga lelaki memecah masuk rumah pasangan itu dan menuntut wang tunai serta barang kemas, sebelum melarikan sejumlah £10,000 (RM56,943.20) yang disorokkan dalam kotak Monopoli.

Selama berminggu pasukan itu berusaha mengesan tiga suspek yang didakwa warga Albania sehinggalah mereka sedar bahawa bukti kes tidak berkembang dan terlalu banyak persoalan yang tidak berjawab.

Keraguan polis berakhir selepas penelitian terhadap alat pengesan kecergasan Caroline, maklumat telefon bimbit Babis dan rakaman CCTV di kawasan kediaman itu.

Babis disoal siasat selama lapan jam, sebelum akhirnya mengaku dia membunuh Caroline selepas mereka bergaduh dan dia diminta keluar dari rumah.

Lelaki itu yang 13 tahun lebih tua daripada Caroline mengaku membunuh wanita itu di hadapan anak mereka dan turut mencekik anjing peliharaan hingga mati bagi mengukuhkan cerita samunnya.

Pendakwa raya Giorgos Noulis, yang mengendalikan kes itu berhujah bahawa Babis mempunyai 'rancangan terancang' terhadap dakwaan membunuh isterinya.


BABIS dan Caroline bersama anak mereka. - Instagram Babis Anagnostopoulos
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.061034 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list