CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 492|Reply: 0

[Kelantan] Perhilitan tangkap gajah liar masuk kebun

[Copy link]
Post time 19-2-2022 11:14 AM | Show all posts |Read mode

PERHILITAN menangkap gajah liar jantan di kawasan kebun di Kampung Jerek, Jeli, Selasa lalu. FOTO Ihsan Perhilitan

Kota Bharu: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap gajah liar jantan dalam operasi di kawasan kebun di Kampung Jerek, Jeli, Selasa lalu.

Operasi tangkapan itu dilakukan pada jam 2 petang oleh Unit Tangkapan Gajah (UTG) dan Jabatan Perhilitan Negeri Kelantan susulan aduan berterusan yang diterima daripada penduduk sejak awal Februari berhubung gangguan gajah liar.

Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan Mohamad Hafid Rohani memaklumkan, gajah yang ditangkap itu adalah gajah jantan yang dianggarkan berusia dalam lingkungan 30 tahun dan berat hampir dua tan.

"Gajah liar ini dipercayai keluar dari Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Basor untuk mencari sumber makanan dengan anggaran populasi gajah liar yang mendiami kawasan hutan simpan ini lebih daripada 30 ekor.

"Sebelum operasi tangkapan ini dilaksanakan, pihak Jabatan Perhilitan sudah mengambil tindakan dengan memberi khidmat nasihat kepada penduduk kampung serta mengalakkan pemasangan lampu LED biru untuk mencegah gajah liar masuk ke kawasan kebun mereka," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, sebelum ini, beberapa siri kawalan dan operasi tembak halau bagi menghalau gajah liar itu kembali ke hutan simpan berdekatan juga sudah dilaksanakan.

"Bagaimanapun, gajah liar ini masih berada di kawasan kebun dan dianggarkan terdapat empat gajah liar lain yang menimbulkan konflik manusia- gajah di lokasi itu.

"Justeru itu, Jabatan Perhilitan terpaksa menjalankan operasi tangkap pindah bagi mengelakkan kerugian berterusan kepada penduduk selain memastikan keselamatan gajah liar ini terjamin," katanya.

Katanya, jumlah kerugian yang dialami oleh penduduk pada tahun ini dianggarkan berjumlah hampir RM 10,000 membabitkan kemusnahan tanaman getah, pisang, kelapa dan durian.

"Dengan tangkapan gajah liar ini juga sedikit sebanyak memberi kelegaan dan rasa selamat kepada penduduk kampung untuk kembali ke kebun masing-masing," katanya.

Beliau berkata, operasi pemindahan gajah liar itu akan dijalankan dalam masa terdekat dengan bantuan kakitangan dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Lanchang, Pahang, Pusat Konservasi Gajah Terengganu dan dua gajah denak iaitu Abot serta Suria.

"Gajah liar ini akan dilepaskan semula ke habitat yang lebih sesuai iaitu di Taman Negara Kelantan-Terengganu- Pahang," katanya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2025 11:36 AM GMT+8 , Processed in 0.079595 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list