CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1175|Reply: 2

Thailand mahu Bangkok digelar 'Krung Thep Maha Nakhon'

[Copy link]
Post time 21-2-2022 11:55 AM | Show all posts |Read mode

Kerajaan Thailand menetapkan ibu negara mereka yang sebelum ini dinamakan sebagai Bangkok, kini akan digelar Krung Thep Maha Nakhon. - Foto Agensi

BANGKOK: Kerajaan Thailand menetapkan ibu negara mereka yang sebelum ini dinamakan sebagai Bangkok, kini akan dipanggil Krung Thep Maha Nakhon.

Bagaimanapun, penetapan yang dicadangkan Royal Society of Thailand, sebuah akademi yang mengawal selia penggunaan bahasa dan kesusasteraan Thailand itu menimbulkan pelbagai reaksi dan debat dalam kalangan penduduk.

Ia memandangkan, dalam dokumen rasmi masih ditulis sebagai Krup Thep Maha Nakhon; Bangkok, tetapi pengisytiharan Kabinet pula ia ditukar kepada Krung Thep Maha Nakhon (Bangkok).

Perubahan itu sebenarnya dilihat kecil kerana kedua-dua huraian sebelumnya dan baharu mempunyai gabungan nama Thailand dan Inggeris yang sama, namun penggunaan kurungan itu nampaknya mencetuskan perdebatan yang kebanyakannya menentang perubahan terbabit.

Sejak Rabu lalu, laman Twitter Thailand menjadi hangat dengan keputusan Kabinet itu dengan #Bangkok, menarik perhatian 44,000 ciapan pada hari berkenaan.

Seorang pengguna Twitter dikenali Mambomam menciap 'mengapa mereka menukarnya? Bangkok sudah menjadi nama yang terkenal.

"Mengarut!. Ia seperti kerajaan tiada apa mahu dilakukan," kata Chinta Nantawong, seorang pekerja pejabat berusia 35 tahun kepada Nikkei Asia.

Setakat ini, Bangkok kekal digunakan sebagai nama rasmi bandar pada papan tanda, sepanduk dan pengumuman di perhentian bas dan lapangan terbang.

"Kami masih menggunakan Bangkok dan singkatan 'BKK' pada pas masuk dan semua papan tanda di Lapangan Terbang Suvarnabhumi dan lapangan terbang lain," kata Kittipong Kittikachorn, pengurus besar Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kepada Nikkei.

Gabenor Pihak Berkuasa Pelancongan Thailand, Yuthasak Supasorn berkata, mereka akan terus mempromosikan aktiviti dan kempen pelancongan Thailand di bawah nama Bangkok seperti biasa.

Nama Bangkok sudah terkenal dalam kalangan orang asing dan juga penduduk tempatan sejak berabad lamanya dan ia diterjemahkan sebagai 'tempat dengan banyak pokok kedondong' dan menjadi popular dalam kalangan orang asing sebagai 'Kota Senyuman' serta pelbagai juadah masakan yang terkenal. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-2-2022 12:08 PM | Show all posts
nama Bangkok dah sebati kot???
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2023 04:05 PM | Show all posts
green tea thailand sedap
pulut mangga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.063241 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list