CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 409|Reply: 0

[Sarawak] Beri kuasa keluar kad pengenalan kepada Sarawak

[Copy link]
Post time 21-2-2022 11:10 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kongres Kebangsaan Dayak (DNC) mahu kuasa mengeluarkan kad pengenalan rakyat Sarawak diberikan kepada negeri ini dan dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Sarawak.

Menurut Presidennya Paul Raja (gambar), pengeluaran kad pengenalan seharusnya tanggungjawab kerajaan negeri bukan kerajaan persekutuan.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau berkata susulan mesyuarat agung tiga tahun (TGM) DNC pada Sabtu, kongres itu memohon kerajaan negeri melaksanakan kuasanya di bawah Ordinan Pendaftaran Kelahiran dan Kematian bagi mendapatkan autonomi di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Ini bagi memastikan masalah yang dihadapi sekian lama iaitu rakyat Sarawak tiada status kerakyatan sejak 1963 hingga sekarang dapat diselesaikan.  

“Ramai rakyat Sarawak tiada status kerakyatan kerana pelbagai sebab ia dilucutkan daripada sijil kelahiran dan kad pengenalan mereka.

"Kita mengharapkan satu dasar yang bersifat prikemanusiaan, menyenangkan dan lebih memahami masalah-masalah tempatan dengan tujuan utamanya menyelesaikan masalah ini.

“Dua hari lalu kita terbaca mengenai Basar Paru di Lawas yang berjuang untuk Sarawak semasa Konfrantasi sebagai pengakap sempadan tetapi masih belum mempunyai kad pengenalan.

"Terdapat ramai lagi rakyat Sarawak senasib Basar dan tiada apa-apa dilakukan atau telah dilakukan bagi menyelesaikan masalah mereka ini. Jadi kami menggesa kerajaan negeri mengambil langkah tepat untuk menyelesaikan masalah ini," ujarnya.

Paul berkata resolusi lain dipersetujui semasa TGM itu ialah DNC mahu tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) disukat dan diberikan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bukannya Seksyen 13 kanun sama.

"Tanah NCR seharusnya diberi surat hak milik tanah bukan hanya disukat dan diwartakan sebagai Rizab Komunal Peribumi di bawah Seksyen 6 Kanun Tanah Negeri, Operasi Penempatan seperti diperuntukkan di bawah Bahagian V Kanun Tanah Negeri mesti diamalkan semula, objektifnya ialah semua tanah NCR mesti ada surat hak milik, termasuk surat hak milik komunal yang diluluskan sejak zaman kerajaan Rajah Brooke.

"Semua tanah NCR harus diberi surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri bukan Seksyen 13. Ini kerana surat milik tanah di bawah Seksyen 18 bebas daripada dikenakan premium manakala di bawah Seksyen 13 premium dikenakan kerana ia adalah tanah negeri," katanya.

Paul menambah, TGM itu juga meluluskan resolusi meminta bahasa Inggeris kekal sebagai bahasa rasmi di Sarawak dan bahasa pengantar di sekolah selain bahasa Melayu, ia seiring dengan hak autonomi Sarawak sebagai rakan kongsi di bawah MA63 dan untuk Sarawak kekal sebagai negeri sekular bagi mengekalkan keharmonian dalam kalangan rakyat Sarawak.


utusanborneo.com.my/2022/02/21

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 03:06 PM GMT+8 , Processed in 0.405044 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list